PembinaKL - Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kuala Lumpur

Edaran Kit Ramadhan di Kampus
Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda bermaksud.

“ Barangsiapa yg memberi buka orang yg puasa akan mendapatkan pahala seperti pahala orang yg berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang itu sedikitpun ” (Hadis riwayat Ahmad)

Bertepatan dengan seruan RAsulullah S.A.W, pada hari khamis yang lepas, Pembina KL telah mengedarkan sejumlah ‘Kit Ramdhan’ kepada para pelajar di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Selain sedikit juadah untuk berbuka puasa, Kit Ramadhan tersebut mngandungi tazkirah ramadhan, jadual waktu berbuka puasa, borang muhasabah ramadhan, dan pamphlet pengenalan Pembina. Kit tersebut diedarkan kira-kira pukul 6.30 petang di kafe-kafe kolej kediaman. Diharapkan agar amalan yang kecil ini diterima Allah S.W.T dan diredhai-Nya.

p/s: kepada yang terlepas untuk mendapatkan kit ramadhan, anda masih boleh membaca tazkirah ramadhan di sini. anda juga boleh muat turun borang muhasabah amal ramadhan di sini dan jadual waktu berbuka puasa di sini

Perkongsian Ramadhan
Bismillah (moga amal ini membawa ke syurga).

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Apa khabar semua? Moga dalam keadaan baik dan dikurnia kekuatan untuk mengharungi sekolah Ramadhan 1431H.

Terpanggil untuk memeriahkan dan memuliakan bulan ini, PEMBINA-KL ingin berkongsi sepotong hadis tentang Al-Fatihah. Kenapa Al-Fatihah? Sebab Al-Fatihah itu rukun dalam solat, dan solat merupakan amalan yang pertama dihisab di akhirat. Dalam bulan ini, kita banyak mengerjakan solat berbanding biasa; Tahajud, Tarawih, Dhuha, Witir dan lain-lain. Itulah signifikannya.

Sedarkah kita bahawa Allah membalas potong-potong ayat yang kita lafazkan dalam Al-Fatihah?

Hadis ini diceritakan oleh Abu Hurairah (hadis 242, Sahih Muslim). Apabila kita membaca potongan ayat, Allah membalasnya secara langsung. Perhatikan jadual di bawah:

Ayat

Apabila   kita membaca…

Allah   SWT membalas…

Ayat 2

الحمد لله رب العالمين

Segala puji bagi Allah, Tuhan   semesta alam.

حمدني   عبدي

Hamba-Ku telah memuji-Ku.

Ayat 3

الرحمن الرحيم

Yang Maha Pemurah lagi Maha   Penyayang.

أثنى   علي عبدي – وقال مرة:   فوض إلي عبدي

Hamba-Ku telah menyanjungi-Ku.

(Atau) Hamba-Ku berserah diri pada-Ku.

Ayat 4

مالك   يوم الدين

Yang menguasai hari pembalasan.

مجدني   عبدي

Hamba-Ku telah mengagungkan Aku.

Ayat 5

إياك   نعبد وإياك نستعين

Engkaulah yang kami sembah dan Engkaulah tempat kami   mohon pertolongan.

هذا بيني وبين عبدي, ولعبدي ما سأل

Ini adalah antara Aku dan hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku   apa yang dia minta.

Ayat 6 & 7

اهدنا   الصراط المستقيم صراط الذين أنعمت عليهم غير المغضوب عليهم ولا الضالين

Tunjukkanlah kami jalan yang lurus. Jalan orang yang   Kau beri nikmat, bukan jalan orang yang Kau murkai dan bukan orang yang   sesat.

هذا   لعبدي ولعبدي ما سأل

Ini adalah untuk hamba-Ku, dan bagi hamba-Ku apa yang   dia minta.

Demikianlah komunikasi kita dengan Allah SWT sewaktu bacaan Al-Fatihah. Membayangkan jawapan Allah ini boleh membawa kepada khusyuk. Kita dapat merasakan betul-betul sedang menghadap Allah SWT.

Walaupun kita semua menghadap kiblat sepertimana yang ditentukan oleh pihak masjid, belum tentu hati kita menghadap-Nya. Maka boleh jadi dua orang yang solat bersebelahan, sama rakaatnya, sama sujud dan rukuknya, mendapat natijah berbeza bagai langit dan bumi. Semua ini disebabkan kadar khusyuk mereka.

Khusyuk itu ruh solat. Isu kita bukan banyaknya amal, tapi sejauh mana diterima amal itu.

Akhir kata, hadaplah Allah dengan hati kita. Moga Allah menerimanya. Taqabbalallahu minna wa minkum.

Perkelahan Beliawanis Pupuk Kemesraan
Ulu Yam, 01 Ogos 2010 – Beliawanis Pembina KL dengan kerjasama Pembina UIA telah Berjaya melangsungkan ‘Welcoming Rehlah’ yang bertempat di Hutan Lipur Ulu Yam. Rehlah pertemuan singkat ini telah diadakan khusus bagi meraikan pelajar baru di International Islamic College (IIC),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Gombak  dan UniKL- British Malaysian Institute(BMI).

Para peserta telah berkumpul di Tangga Besar UIAM pada jam seawal 7.30 pagi. Setelah mendaftarkan diri, pra peserta mengambil tempat masing-masing di dalam bas. Walau bagaimanapun, rombongan bas hanya tiba ke kawasan perkelahan tersebut pada jam 0915 pagi disebabkan oleh beberapa masalah teknikal. Namun ini tidak melemahkan semangat para peserta. Malah, di raut wajah mereka terpancar sinar kegembiraan.

Sebelum aktiviti dimulakan, peserta bersarapan terlebih dahulu sambil menikmati suasana nyaman di dalam hutan. Kemudian mereka dibahagikan kepada 5 kumpulan yang setiap satunya diketuai oleh seorang ahli PEMBINA. Sesi taaruf diadakan didalam kumpulan berkenaan dan mereka diberi peluang untuk sesi soal jawab mengenai PEMBINA.

Kemeriahan rehlah diteruskan lagi dengan sesi permainan antara kumpulan. 3 permainan di jalankan berturut-turut. Ketiga-tiga permainan ini bertujuan untuk menguji kepekaan para peserta di samping menguatkan ukhuwah sesama mereka.

Lebih kurang pada jam 1100 pagi, peserta diberi peluang untuk melakukan aktivit bebas dan mereka telah menggunakan peluang ini untuk bermandi-manda di sungai. Seusai aktiviti bebas, tibalah saat yang dinanti-nantikan oleh para peserta iaitu masa untuk menjamu selera. Mereka dijamu dengan hidangan BBQ yang sangat menyelerakan seperti ayam bakar dan sosej yang di sajikan dengan mayonis, sos cili dan coleslaw. Sambil menikmati hidangan, para peserta yang datang dari pelbagai bidang dan institusi sempat bertukar-tukar cerita dan pandangan tentang pengalaman di IPT masing-masing.

Sedikit pengenalan ringkas tentang PEMBINA telah disampaikan oleh Ketua Beliawanis Pembina KL, Puan Safura Kamarudin kepada para peserta. Puan Safura turut menguar-uarkan aktiviti-aktiviti PEMBINA yang akan datang. Sebelum peserta bersurai, tazkirah ringkas telah disampaikan oleh Puan Tasnim Abdul Rahman. Beliau menyentuh sedikit sebanyak mengenai sirah Rasul s.a.w dan aplikasi kepada kehidupan kita sebagai seorang pelajar dan seorang pendakwah.

Majlis bersurai pada jam 1330 tengah hari. Para peserta meninggalkan tempat perkelahan dengan seribu satu kenangan dan kemanisan ukhuwah yang sudah pastinya tidak akan dilupakan.

Welcoming Picnic
Welcoming Picnic – Memulihara potensi belia

Ulu Yam, 25 Julai 2010 – ‘Welcoming Picnic’ anjuran PEMBINA KL telah berjaya dilangsungkan tanpa sebarang masalah mendatang. Berlokasikan Hutan Rimba Sg. Tua, Ulu Yam yang tenang dari kesibukan bandaraya,, rehlah pertemuan singkat telah direncanakan bagi tujuan khas untuk menyambut pelajar baru di International Islamic College(IIC),Universiti Islam Antarabangsa Malaysia( UIAM) Gombak  & British Malaysian Institute(BMI).

Seawal jam 0700, peserta telah berkumpul di Tangga Besar UIAM. Kehadiran diambil dan peserta dibawa ke lokasi dengan beberapa buah kenderaan persendirian. Kenderaan pertama bergerak keluar dari pagar UIAM pada jam 0800. Konvoi bergerak keluar dari kesibukan bandaraya melalui kawasan penempatan dan akhirnya tiba di kawasan tasik yang indah mata memandang seterusnya kehijauan alam ciptaan Allah merakumi penglihatan. Kira-kira jam 0840 ketibaan 45 peserta belia disambut tiba dengan bunyi deruan air Sg Tua dan kicauan pagi burung dan unggas  penghuni Hutan Rimba Ulu Yam.

Semua peserta  dikumpulkan dan membuat regangan badan. Kerjasama antara setiap peserta bagi mendapat kesamaan dalam aktiviti lompat bintang (pt10 ala tentera) menarik perhatian orang awam yang datang berkelah. Aktiviti-aktiviti yang dirancang dan dikelolai Saudara Syukri dari PEMBINA KL dimulakan dengan pembahagian peserta kepada 4 kumpulan besar. Setiap kumpulan mempunyai 10~11 ahli. Kemudian, peserta berkumpul mengikut kumpulan dan berkenalan(taaruf) sambil menikmati sarapan di dalam kumpulan sebelum taaruf bersama semua peserta  piknik beserta gaya setiap peserta dijalankan.

Aktiviti petama – ‘Teriakan Perang’ (War Cry)

Setiap kumpulan diminta bersedia dengan ‘Teriakan Perang’ masing-masing. Bermula peperangan pagi ini dengan gegaran teriakan belia. Bermacam gaya ditunjukkan oleh setiap kumpulan, dari gaya ala tarian ‘hakka’ ke ala ‘steady’. Setiap kumpulan mula melancarkan perang saraf bagi menunjukkan kehebatan kumpulan masing-masing apabila permainan sampingan ‘bang bang bom’ dijalankan..

Aktiviti kedua – ‘Selamatkan Bekalan (telur) Kita’

Seusai melancarkan perang saraf, kini setiap kumpulan bertempur  1 lawan 1 dengan cara gerila  yang mana sasaran musuh tidak jelas posisinya. Salah seorang peserta diamanahkan untuk memegang sebiji telur yang akan menjadi punca kemenangan dan kekalahan sesebuah kumpulan. Perbagai strategi digunakan bagi kemenangan kemenangan. Ada yang menggunakan strategi menggunakan orang yang tak disangka terlibat , dan ada yang berpura-pura menjadi sasaran dan bertahan hingga masa tamat.

Aktiviti ketiga – ‘Perang bom air’

Perjuangan setiap kumpulan diakhiri dengan peperangan besar antara 4 kumpulan. Setiap kumpulan dibekalkan dengan ‘bom’ (beg plastik berisi air). Misi utama adalah kertas A4 yang dijadikan panji bagi setiap kumpulan. Perperangan dimulakan dengan persiapan perang dan pemilihan tempat yang strategik sebagai kubu. 2 kumpulan telah memainkan strategi perang dengan membuat ‘perjanjian Ulu Yam’ untuk tidak menyerang antara kumpulan masing-masing sebelum kumpulan lain tewas. Akhirnya pakatan menjadi 3 penjuru yang mana menentukan 1 kumpulan yang bakal tewas awal. Setelah kumpulan tidak bersekutu dilanyak hebat, panji mereka berjaya dimusnahkan. Seterusnya 3 kumpulan bersekutu bertempur hebat antara mereka, memastikan kemenangan pasukan berpihak pada mereka yang layak; di samping gangguan dari seorang peserta dari kumpulan yang telah tewas yang bergerak secara senyap dan mengakibatkan kepincangan ketiga-tiga kumpulan. Pertempuran berakhir dengan 3 kumpulan yang kekurangan anggota dengan panji yang masih terselamat dan keputusan ditentukan dengan jumlah anggota yang masih hidup.

Selesai bertempur selama 3jam (0900-1200), semua peserta membersihkan kawasan aktiviti dan menjamah hidangan BBQ yang telah disediakan AJK dari PEMBINA KL. Menu – ayam bakar , sosej, di sajikan dengan mayonis, sos black paper, cili dan coslow. Suasana menjadi senyap ketika para peserta bersantap. Maklumlah, semuanya sudah kepenatan bertempur. Ditambah pula dengan  terpukau pada  keenakan santapan buatan air tangan ukhuwwah. Sedap hingga menjilat jari!

Bagai tidak sempurna piknik tanpa menikmati kesejukan air sungai ciptaan Ilahi, para peserta dan AJK  bersama menikmati kesegaran air sungai Ulu Yam. Para peserta tidak kelihatan kekok walaupun baru sahaja berkenalan dengan saudara-saudara lain. Puas melepaskan lelah aktiviti, para peserta naik ke tebing berkumpul bagi mendengar sedikit pengisian rohani sambil berjemur mengeringkan badan.

Pengisian Rohani – ‘ Seimbangkan ibadah’, ‘Potensi belia’

Pengisian dimulakan dengan ucapan Pengarah Program, Saudara Aizat. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua rakan belia yang sudi bersama menghadirkan diri ke rehlah anjuran PEMBINA KL. Beliau juga menyatakan hasrat dan objektif program. Seterusnya beliau menjemput Saudara  Bilal yang juga antara peserta yang dirai untuk  menyampaikan tazkirah ringkas.

Dimulakan dengan persoalan antara sujud di malam hari, belajar untuk final exam, ataupun bermain bola di padang, yang mana paling penting? Antara isi tazkirah beliau adalah mengenai kepentingan menyeimbangkan aktiviti seharian sebagai seorang belia Islam. Beliau memetik kisah sirah Rasulullah s.a.w dengan seorang ahli gusti kafir yang bernama Rukanah di mana Rasulullah menang ketiga-tiga perlawanan dengannya dan kisah Ibn Abbas, kanak-kanak kecil yang bijak dan matang. Beliau juga menekankan kesyumulan Islam dengan mengaitkan aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan sepagi itu. Antara ayat keramat beliau – ‘ bersama membina genarasi harapan’ dan ‘berlarilah ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan sinar Islam’. Seterusnya pengarah menjemput  Saudara Afif Bin Uthman untuk mewakili AJK PEMBINA KL menyampaikan ucapan.

Saudara Afif memulakan kalam dengan tazkirah ringkas mengenai ‘Potensi Belia’. Beliau menekankan kepentingan ‘memulihara’(sesuai dengan persekitaran alam flora dan fauna) potensi belia. Beliau memetik kisah Usamah bin Zaid, panglima tentera Islam yang menjadi panglima saat belia dan Abu Ayyub Al-Ansari, panglima perang yang mempunyai jiwa dan semangat belia walaupun ketika berumur lingkungan 80tahun. Saudara Afif juga memperkenalkan PEMBINA yang berorientasikan pembinaan potensi belia kepada para peserta dan mengumumkan program-program yang dijalankan PEMBINA KL secara berkala dan tahunan antaranya halaqah untuk para peserta berkongsi pendapat dan pandangan.  Para peserta dialukan untuk mengisi borang keahlian yang diedarkan seusai program dijalankan.

Selesai sesi pengisian rohani, para peserta berbaris bagi memateri kenangan bersama sepagian di dalam foto dan berangkat pulang ke destinasi masing-masing..

“Telah diriwayatkan daripada Abu HAmzah Anas bin Malik r.a. iaitu khadim Rasulullah s.a.w. daripada Nabi s.a.w. : Maka bersabda ia:  Tiada sempurna iman salah seorang daripada kamu hingga kasihd ia kepada saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.”-HR Bukhari dan Muslim

“Berlarilah ke seluruh pelusuk dunia untuk menyampaikan sinar Islam”

KLIKK 2010 Bina Masyarakat Muhibah
Karnival Larian Islami, Kesihatan dan Kekeluargan (KLIKK 2010) telah berlangsung dengan meriahnya pada 17 Julai yang lepas . Program ini dianjurkan oleh  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kuala Lumpur dengan kerjasama  Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood.

Tirai KLIKK 2010 dimulakan dengan pertandingan larian. Peserta tiba seawal jam 7.30 pagi untuk mengesahkan pendaftaran dan mengambil T-shirt khas KLIKK2010. Sekitar jam 8.45 pagi, sesi taklimat larian dimulakan, diikuti dengan taklimat keselamatan dan sesi tazkirah oleh Pengerusi PEMBINA KL, saudara Umar Hakim bin Mohd Tajuddin. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iatu kategori menengah rendah, menengah atas , belia dan veteran. Kehadiran seorang peserta veteran berumur 72 tahun telah memberikan suntikan semangat terhadap peserta-peserta lain.

Acara larian bermula jam 9 pagi dengan peserta lelaki dilepaskan terlebih dahulu mengikut kategori larian. Peserta lelaki perlu menghabiskan larian sejauh 5.1 km manakala peserta wanita 4.2 km.

Sementara itu, persiapan karnival di perkarangan masjid Ar-Rahimah bermula seawal jam 9 pagi. Pelbagai gerai jualan makanan, buku dan produk muslim telah dibuka di kawasan sekitar masjid. Selain itu, beberapa agensi kesihatan turut hadir untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma. Selain pemeriksaan kesihatan, para pengunjung karnival juga berkesempatan untuk menderma darah di booth Pusat Darah Negara.

Untuk memeriahkan lagi suasana KLIKK 2010, beberapa acara untuk kanak-kanak telah diadakan oleh pihak penganjur. Acara pertandingan mewarna mendapat sambutan yang begtu hebat apabila hampir keseluruhan kawasan pertandingan dipenuhi oleh ibu-bapa dan anak-anak kecil yang tekun dengan aktiviti mewarna. Sejurus aktiviti mewarna tamat, pertandingan pendakwah cilik dimulakan. Seramai 6 orang kanak-kanak menunjukkan keberanian mereka berdiri di hadapan orang ramai dan menyampaikan pidato berkaitan Islam dengan petah dan penuh kelantangan. Gelagat para pendakwah cilik ini telah mencuri tumpuan para ibu-bapa dan seluruh pengunjung karnival.

Acara kemuncak KLIKK 2010 bermula sekitar jam 12 tengah hari dengan upacara perasmian program yang disempurnakan oleh Orang Besar Gombak,YAD. Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. Wan Mahmood b. Pa’ Wan Teh. Beliau amat menyokong program KLIKK 2010 dan yang seumpama dengannya kerana bertepatan dengan fungsi masjid iaitu menyatukan umat tanpa mengira bangsa mahupun warna kulit.

“Sebanyak 40 masjid yang terdapat dalam daerah Gombak dan saya percaya orang ramai dapat bersama-sama mengimarahkan masjid dan mentransformasikan masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk bersolat tetapi tempat untuk mengeratkan silaturahim,” beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berita oleh Sinar Harian.

Hadir sama dalam program  KLIKK 2010 ialah Tuan Haji Abdul Rahman bin Satam, Nazir Masjid Rahimah, Tuan Haji Aminuddin bin Yahya, Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia, dan saudara Zaizul Azizi bin Zaman, Presiden PEMBINA. Majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan larian berlangsung sejurus tamat majlis perasmian.

Suasana sepanjang karnival dimeriahkan dengan celoteh daripada DJ bertugas yang turut mengendalikan pertandingan kuiz untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah. Program tamat sekitar pukul 5 petang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menganjurkan KLIKK2010. Semoga program seumpama ini mampu memupuk dan mengeratkan ikatan silaturahim antara masyarakat Muslim di negara ini.

Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM
KUALA LUMPUR 14 Julai – Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan bahawa rumpun Melayu merupakan penduduk asal Malaysia sejak lebih 40,000 tahun dahulu.  Hasil kajian itu sekali gus menyangkal teori migrasi yang dikemukakan oleh penyelidik dari Vienna School of Thought, Heine-Geldern pada 1930-an yang mendakwa rumpun Melayu berhijrah ke Malaysia dari Tanah Besar Utara.

“Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke sini dari Tanah Besar Utara.

“Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan menunjukkan bahawa ia adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar,” jelas UKM dalam portal beritanya di http://pkukmweb.ukm.my/news.

Hasil kajian itu didedahkan Ketua Penyelidik Arkeologi UKM, Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman semasa membentang kertas kerjanya bertajuk ’38 Tahun Arkeologi di UKM’ pada Seminar Penanda Aras Penyelidikan Arkeologi di Bangi yang berakhir kelmarin.

Antara lokasi yang menjadi tapak kajian adalah Pulau Kalumpang dan Beruas (Perak); Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar (Johor); Kota Melaka (Melaka); Kota Lukut (Negeri Sembilan) dan beberapa tapak di Tasik Kenyir, Terengganu.

Nik Hassan Suhaimi yang juga Timbalan Pengarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA) berkata, keputusan kajian itu selari dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Tom Harrison dan isterinya pada 1958.  Tambah beliau, penyelidikan arkeologi di UKM sejak 1980-an menemui pelbagai data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu kerajaan Kedah Tua yang diperolehi dari tapak arkeologi Sungai Mas, Kedah.  “Isu penting dalam zaman kerajaan awal ialah proses Indianisasi.

Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM, proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India,” katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Kisah Gadis Lubnan
Beliau adalah seorang gadis Lubnan bernama Sarah, ayahnya muslim dan ibunya kristian, 10 tahun membesar di Lubnan kemudian mengikuti ibu bapanya berhijrah ke Australia menetap disana sehinggalah umurnya 22 tahun & menetap disana. Terputuslah segala hubungannya dengan agama secara total! yang diketahuinya ialah dia seorang muslimah tanpa pernah mengenali mushaf, tidak tahu fatihah, solat dan agama bukanlah suatu yang penting bagi dirinya.

“Saya teruskan pengkisahan ini dengan mengubah penceritaannya seolah-olah seperti yang diceritakan sendiri oleh saudari Sarah”.

Kemudian ibu bapaku berpisah dan masing-masing berkahwin, sehiggalah aku memasuki university dan ibu bapaku meninggalkan Australia. Mereka meninggalkan aku seorang diri tanpa keluarga mahupun saudara. Lantas aku bekerja di pub (kelab malam) pada waktu petang. Aku mempunyai boyfriend 100% seperti hubungan pemuda pemudi di barat. Aku tidak pernah meninggalkan sesuatu yang haram kecuali akan aku lakukannya tanpa malu @ rasa bersalah. Aku adalah seperti orang barat 100%! Aku mengetahui bahasa arab serba sedikit. Kerana aku adalah seorang gadis yang cantik maka aku telah memasuki pertandingan Ratu cantik di New Zealand dan aku memenanginya, aku sekarang bersedia untuk memasuki pertandingan lebih besar. Justeru sekarang aku sudah menjadi model bagi cover majalah yang tidak mulia. Tatkala aku berada dalam kemasyhuran itu, aku menziarahi satu keluarga berketuruan Lubnan yang bermukim di Australia dan aku menyaksikan satu siaran bulan Ramadhan yang berbicara tentang “Menjaga kehormatan”. Aku merasa sangat-sangat terpukul dengan rancangan itu seolah-olah rancangan itu hanya membicarakan tentang diriku. Selesai mrngikuti rancangan tersebut aku menghantar soalan : “Adakah disana satu kemungkinan bahawa Allah menerima aku dan mengampuni dosa-dosaku dan aku bertaubat kepadanya?

Kemudian Dr Amru Khalid menjawab soalan Sarah; “Sesungguhnya Allah maha pengampun, mengampunkan sekalian dosa dan diantara nama Allah ialah al-Ghofur, sesungguhnya Allah mewajibkan kepada dirinya sifat Rahmat dan sesungguhnya Allah berkata; ((Bahawasanya rahmatku mengatasi kemarahanku)) dan kemudian Dr Amru membawakan beberapa kisah manusia yang bergelumang dengan dosa kemudian bertaubat kepada Allah.

Dua hari kemudian gadis bernama Sarah ini mengirimkan email kepada Dr Amru Khalid dan suratnya berbunyi: “Aku tidak pecaya bahawa kemungkinan Allah akan mengampuni aku dan aku berterusan menangis dengan kerapnya dan sekarang aku mahu mempelajari solat”.

Kemudian Dr Amru Khalid membalas pada hari itu juga dan meminta supaya Sarah mengirimkan alamatnya di New Zealand supaya dia boleh menghantar beberapa kaset al-Quran Syeikh al-Ajmi, Misyari Rasyid dan lain-lain lagi kaset dakwah.

Lantas Sarah menghantar alamatnya kepada Dr Amru Khalid.

Dr Amru menunaikan janjinya serta menghantarkan apa yang telah disebut melalui pos berpandukan kepada alamat yang tertera di email beliau.

Setelah apa yang terjadi, Sarah mengirimkan satu email kepada Dr Amru Khalid: “Aku tidak tahu bagaimana mahu mengucapkan kesyukuranku pada kamu, tidak ada seorangpun yang ambil peduli kepadaku melebihi apa yang engkau lakukan padaku, aku begitu berharap agar aku mempunyai abang @ adik lelaki seperti kamu”.

Setelah 2 hari berlalu, sarah menghantar emailnya lagi kepada Dr Amru dan berkata; “Assalamualaikum, aku harap kamu berada dalam keadaan yang baik, aku ada berita buat engkau bahawa aku sudah belajar membaca surah an-Naba’ dan aku boleh membacanya tanpa melihat mushaf”.

Setelah 1 minggu Sarah mengirimkan lagi emailnya; “Aku telah belajar surah Yusuf, aku beranggapan bahawa tidak mungkin aku menghabiskannya akan tetapi Al-hamdulillah”.

Sehari selepas itu Sarah mengirimkan lagi emailnya dan berkata: “Aku telahpun memakai tudung dan aku telah tinggalkan kawan-kawanku dan aku telah buang gelaran sebagai ratu cantik Negara daripada diriku”.

Selang 3 hari kemudian, Sarah mengirim lagi satu email yang berbunyi: “Assalamualaikum, aku tidak tahu bagaimana untuk mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada kamu, aku mahu dan bertekad untuk lebih panjang daripada umurku supaya aku dapat berkhidmat kepada islam, akan tetapi kemungkinan Allah tidak mengizinkan hal ini. Akan tetapi….Al-hamdulillah”.

Kemudian Dr Amru Khalid dan isterinya telah menghubunginya melalui telefon bertujuan menenangkan Sarah dan menenteramkan keadaannya. Mereka mendapat tahu bahawa Sarah sedang sakit kanser otak! Doktor akan melakukan pembedahan dalam tempoh yang segera sementara peratusan untuk Berjaya hanyalah 20% sahaja.

Sarah telah menghantar beberapa emailnya untuk waktu yang akan datang dalam tempoh 2 hari sahaja sebelum pembedahan dan dia berkata; “Assalamualaikum, adakah mungkin Allah mengampuni dosa-dosa aku? Adakah kamu beranggapan bahawa aku akan masuk syurgaNYA? Ataukah Allah akan mengheret aku kehadapan api neraka? Sesungguhnya aku cintakan Allah, aku sedang menyerunya sekarang…ibu kandungku telah menghubungi aku sebelum hari jumaat, aku yakin bahawa dia pasti akan bersedih, boleh jadi dia akan datang untuk menziarahi aku kerana dia sudah tidak melihat aku sejak tahun 1997M. Aku hidup terlalu jauh daripada Allah dan agamaNYA. 22 tahun aku telah hidup…akan tetapi aku telah bertaubat kepada Allah 3 minggu yang sudah. Aku bersumpah dengan namaNYA bahawa aku telah bertaubat dan meninggalkan teman lalaki aku, Aku telahpun menutup auratku, aku telah istiqamah dalam mendirikan solat. aku bersaksi kepada Allah di hadapan kamu bahawa aku lakukan semua ini adalah semata-mata kerana Allah tuhan pencipta. Aku tidak mengenali orang islam kecuali kamu dan diriku sendiri. Inilah rintihanku, aku harap darimu agar mendoakan supaya Allah merahmati aku, mengampuni dosa-dosaku. Doakanlah juga semoga Allah memberi hidayah kepada ibu. Sesungguhnya ibuku tidak mengetahui hal keadaanku sedikitpun”. Lantas email ini telah di hantar oleh Sarah kepada Dr Amru Khalid.

Akan tetapi begitu menyedihkan apabila Dr Amru mendapat khabar bahawa Sarah telah meninggal dunia.

“Semoga Allah merahmati Sarah dan mengampuni dosa-dosanya. Menempatkan Sarah disebaik-baik tempat tinggal di syurgaNYA. Sesungguhnya Allah maha pengampun lagi maha pengurnia. Ya tuhan kami, kurniakan hidayahmu dan taufikmu kepada kami semua, tetapkanlah kami agar terus berada dalam ajaran petunjukmu yang lurus, matikanlah kami dalam islam, sesungguhnya kami telah redho bahawa Allah adalah tuhan kami, islam sebagai agama kami, dan Nabi Muhammad itu adalah NabiMU dan pesuruhMU”.

dipetik daripada:  http://yeopmadiny.blogspot.com/2009/12/kisah-gadis-lubnan.html

Kapal Bantuan ke Gaza Diserang
<object style="height: 344px; width: 425px"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/erxNHmFPHzk"><param name="allowFullScreen" value="true"><param name="allowScriptAccess" value="always"><embed src="http://www.youtube.com/v/erxNHmFPHzk" type="application/x-shockwave-flash" allowfullscreen="true" allowScriptAccess="always" width="425" height="344"></object>

video: [alzazeera]

Tentera laut Israel telah menyerang salah sebuah kapal konvoi bantuan ke gaza sebentar tadi. Kapal Mavi Marmara diserang oleh tentera zionis sehingga mengakibatkan sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh dan 50 orang cedera parah. Konvoi sebanyka 6 buah kapal yang bertolak beberapa hari lepas membawa sebanyak 10,000 tan bantuan kepada Gaza berupa bantuan bahan binaan, ubat-ubatan dan alat perubatan, dan bantuan pendidikan. Tempat serangan dilakukan masih tidak dapat dipastikan.  Seramai lebih kurang 700 aktivis dari 50 buah negara menyertai konvoi ini, termasuk delegasi dari NGO-NGO Malaysia.

Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?
Assalamualaikum w.b.t.

Selama cuti semester kali ini, saya berkesempatan untuk tinggal di sekitar kawasan Ampang Jaya, Selangor dan Taiping, Perak. Alhamdulillah, pada cuti kali ini juga saya berkesempatan untuk kembali menjadi kariah di surau/masjid di Ampang dan Taiping. Jika selama ini saya hanya bersama-sama dengan rakan-rakan seusia saya di musolla/masjid di universiti, kali ini saya berpeluang untuk kembali berukhwah dengan adik-adik, abang-abang dan pakcik-pakcik serta datuk-datuk di kawasan masjid tempat saya tinggal.

Sepanjang waktu cuti yang singkat ini, saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit analisa tentang taburan kariah di masjid di sekitar kawasan tempat tinggal saya.

Pertamanya, Berkenaan taburan umur warga-warga kariah masjid bedasarkan pemerhatian saya. Jika dilihat, seperti yang semua sudah sedia maklum, kaum veteran atau warga emas yang lebih memenuhkan saf-saf di masjid semasa solat jemaah. Ini adalah suatu kebiasaan. Sebutlah di mana sahaja, pastinya warga sekitar kelompok usia inilah yang akan memenuhkan masjid-masjid di sekitar kita. Mereka bukan sahaja mempunyai masa yang lapang untuk menjadi kariah tetap di masjid, bahkan senarai ahli jawatankuasa masjid akan dipenuhi oleh wakil-wakil daripada golongan mereka juga.

Golongan kedua adalah golongan kanak-kanak. Mereka boleh dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang datang dibawa oleh ayah/ atuk, ataupun yang hadir sendiri. Untuk golongan pertama, sudah jelas bahawa kehadiran mereka adalah dorongan daripada ayah/atuk mereka yang turut menunjukkan teladan dengan hadir di masjid. Selalunya mereka ini terdiri daripada kanak-kanak berumur daripada 3 hingga 10 tahun. Di usia 11 tahun, mereka tidak lagi hadir ke masjid disebabkan dibawa oleh ayah/atuk mereka sahaja, bahkan terdapat satu faktor lain yang mendorong kepada kehadiran mereka – bersama rakan-rakan. Ya ! Untuk bersama rakan-rakan. ‘Aci ligan’, ‘Aci duduk’, ‘jamuan more’, gusti, bahkan ada yang bermain mercun di masjid. Ini juga bagi saya adalah kebiasaan di masjid di sekitar kita. Walaupun kelihatan sedikit terpesong maksud tujuan untuk ke masjid, sekurang-kurangnya mereka masih tetap wujud di masjid-masjid ini.

Bagi saya, hanya 2 golongan inilah yang memenuhkan saf-saf di surau/masjid di sekitar kita.

Namun, yang menjadi kehairanan saya ialah, dimana hilangnya golongan remaja dan belia? Lapisan manusia yang berumur daripada 13 tahun dan ke atas. Ke mana hilangnya kanak-kanak yang bermain-main di masjid suatu ketika dahulu? Yang sepatutnya sudah menjadi seorang remaja sekarang. Ke mana hilangnya mereka?

Dan sudah semestinya kehilangan mereka menyebabkan hilangnya generasi dewasa di surau/masjid. Generasi yang telah disibukan dengan bebanan kerjaya, rumahtangga, dan tanggungjawab lain.

Kronologinya mudah – Di usia muda hadir bersama-sama ayah/atuk(itupun jika ayah/atuknya ke masjid), kemudian menjadikan masjid sebagai tempat bermain bersama rakan-rakan. Lalu hilang pabila menjelang usia ramaja. Ketiadaan golongan remaja di masjid menunjukkan perkara yang sama akan berulang apabila mereka telah dewasa. Dan hanya muncul memenuhi kembali masjid pabila menjelang usia tua.

Solusinya juga nampak mudah – mengembalikan golongan remaja ke masjid akan mengembalikan golongan dewasa pada masa hadapan untuk memenuhi masjid di sekitar kita.

Isunya sekarang, di manakah remaja? Mengapa mereka ini hilang sedangkan di usia muda, mereka merupakan pendatang tetap ke masjid?

Di sini saya tidak berminat untuk menghuraikan faktor-faktor kehilangan remaja ke masjid. Dari sekecil-kecil masalah pengaruh rakan, hingga ke sebesar-besar masalah masyarakat yang tidak menjadikan persoalan ini sebagai masalah bersama, dan bermacam-macam faktor lain yang menjadi punca kepada masalah ini. Walau bagaimanapun saya berminat untuk membincangkan tindakan-tindakan yang boleh kita ambil bersama, sebagai seorang Muslim yang kepingin melihat kembalinya keunggulan generasi Muslim pada masa hadapan.

Mem‘belia’kan Masjid

Mungkin bunyinya pelik, namun inilah antara solusi yang saya nampak amat penting sekali. Kebanyakan masjid dilihat seperti amat tidak mesra remaja. Tiada biro khas untuk belia, tiada aktiviti untuk belia, dan lain-lain lagi. Saya pernah melihat sebuah masjid sekitar Subang Jaya, Selangor yang saya lihat amat mesra dengan remaja. Masjid itu mempunyai tapak futsalnya sendiri, yang memudahan golongan remaja berkumpul dan bermain di situ, lalu berjemaah ke masjid pabila tiba waktu solat. Ada juga sebahagian surau yang mempunyai gelanggang sepaktakraw dan juga meja pingpong, yang disediakan sebagai tempat belia berkumpul untuk beriadah. Bukanlah niat saya untuk menjadikan masjid sebagai tempat permainan, tetapi ini adalah contoh-contoh baik bagaimana masjid boleh di‘belia’kan. Saya kira pada zaman yang serba canggih ini, pasti terdapat ribuan lagi cara untuk mem‘belia’kan masjid, bergantung kepada persekitaran dan kemampuan sesebuah masjid itu sendiri.

Tazkirah/Ceramah Mesra Remaja

Sepanjang cuti ini, tiada lagi saya mendengar tajuk ceramah yang melibatkan golongan belia seperti yang banyak berlaku di sekolah-sekolah dan universiti-universiti. Penceramah tidak ada lansung mengaitkan belia dalam ceramah mereka, kecuali hanya segelintir kecil. Walaupun pelbagai isu disentuh, namun hamper-hampir tidak ada isu yang bersangkut-paut dengan belia. Cadangan saya jika dibincangkan dengan lebih teliti isu berkaitan hubungan bebas, hiburan melampau, budaya lepak dan rempit dalam siri-siri ceramah, pastinya ia akan memberi kesan walaupun bukan secara lansung kepada golongan belia,tetapi kepada kanak-kanak yang hadir yang bakal menjadi belia 3 atau 4 tahun akan datang!. Begitu juga golongan tua akan sedar dengan masalah-masalah yang berlaku dengan generasi belia di sekeliling mereka.

Keperihatinan Golongan Dewasa

Ini antara fenomena yang paling menyedihkan saya. Kelangsungan dan keghairahan suasana Islam itu terhenti di kala kanak-kanak itu menghampiri usia remaja. Ini kerana mereka dibiarkan 100% dengan kehidupan mereka. Amat dibiarkan. Rempitnya, hiburannya, ‘coupling’nya, dan lain-lain lagi masalah, yang seperti dipandang acuh tidak acuh oleh penjaga mereka – yang boleh jadi merupakan seorang yang setia mendampingi masjid. Ditambah pula dengan hakikat bahawa masalah belia sekarang jauh lebih parah berbanding 20 tahun dahulu, berbeza sama sekali. Remaja tidak boleh dibiarkan hanyut dalam arus kebejatan sosial.

Dekatilah Golongan Kanak-kanak

“Woi! Apa yang kome buat tu?! Pergi balik aje ler Yob!! Datang masjid menyusahkan aje!!” – ini adalah contoh ayat yang kadang-kadang dapat kita dengar dikeluarkan oleh kariah masjid yang tidak mesra kanak-kanak. Kanak-kanak adalah golongan pelapis, kesalahan mereka hendaklah dibetulkan, bukan dihalau! Dekatilah mereka. Lakukanlah apa-apa program yang bermanfaat untuk mereka. Kem Ibadah, Kursus Solat, dan lain-lain yang kena dengan jiwa kanak-kanak. Atau mungkin pertandingan mewarna!

Lakukan ‘Dakwah Fardiah’!

Hah! Ini yang paling senang dikata, susah dibuat, namun boleh jika disusun dengan baik. Ini bagi saya lebih mudah dilakukan oleh golongan belia yang selalu hadir ke masjid kepada rakan-rakan mereka. Jika dalam masa 1 tahun seorang belia dapat membawa seorang rakan seusianya ke masjid, dalam masa 5 tahun sebelum beliau melanjutkan pelajaran entah kemana-mana, seramai 64 orang remaja cintakan masjid akan berjaya dilahirkan. Itu jika setahun seorang, jikalau lebih dari itu?

Banyak lagi tindakan lain yang boleh diambil sebenarnya. Peranan institusi/ jabatan agama negeri untuk menyemarakkan masjid, sumbangan dana besar dari kerajaan kepada masjid, usaha kesedaran dari NGO-NGO Islam, didikan yang berterusan di sekolah, dan lain-lain lagi cara boleh diambil. Yang penting, usaha untuk menukar keadaan ini hendaklah diambil.

Masjid lebih daripada sekaadar adalah simbol agama Islam. Selain tempat ibadah, masjid sseharusnya berfungsi sebagai pusat komuniti, platform mengeratkan silaturrahim, pusat sebaran da’wah dan informasi dan sebagainya. Belia pula merupakan simbol masa depan kita. Bayangkan bagaimana agama kita pada masa hadapan jika situasi sekarang berterusan. Tepuk dada, tanya iman kita.

Ayuh! Bersama-sama kita berusaha untuk merubah keadaan ini dan mengembalikan keagungan Islam pada masa dahulu yang dipacu oleh remaja-remaja seperti Ali b Abi Talib, Zaid b Tsabit, Abdullah b Umar, Mus’ab b Umair, Abdullah b  Zubair, dan ramai lagi generasi pewira Islam yang terdiri daripada golongan remaja.

Mari bersama-sama kita renungkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W sebagai penyuntik motivasi:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال  : ” سبعة يظلهم  		الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ،  ورجل  		قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ،  ورجل  		دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها   		حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ”  		متفق عليه

“Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu : 1) imam (pemimpin) yang adil. 2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah. 3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid. 4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula. 5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: “Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,” (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas) 6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya. 7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Akhir kata daripada saya kepada remaja sekalian dan saya sendiri terutamanya, marilah kita bersama-sama berusaha untuk MENJADI GENERASI BELIA HARAPAN.

Nor Aizat Rahimi Rostam Rahimi

Computer and Information Engineering, IIUM

KL vs PJ : Pertarungan Antara Juara
Pada 2 Mei 2010 yang lalu, Persatuan Belia Islam Nasional cawangan Kuala Lumpur (PEMBINA KL) telah menyahut jemputan ahli-ahli PEMBINA di Pusat Asasi Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Petaling Jaya (CFSIIUM PJ) untuk mengadakan satu pertandingan persahabatan bolasepak antara PEMBINA KL dan PEMBINA CFSIIUM PJ. Seramai 9 orang ahli PEMBINA KL telah berangkat menuju ke padang CFSIIUM PJ pada jam 7.30pagi dan tiba kira-kira 30 minit kemudian.

Tatkala perlawanan dimulakan pada jam 8.30pagi, PEMBINA KL mengasak garang dengan mendahului 2-0 seawal 30minit masa berlalu hasil 2 gol jaringan saudara Naqiuddin. Separuh masa pertama berkesudahan dengan PEMBINA KL mendahului 2 gol berbalas kosong.

Bermula separuh masa kedua, CFSIIUM mula mengatur langkah. Kehilangan seorang pemain bagi pasukan KL yang terpaksa pulang akibat urusan keluarga sedikit sebanyak menggugat keampuhan strategi permainan pasukan PEMBINA KL. Berbekalkan 10 pemain sahaja, KL menerima padahnya apabila pasukan CFSIIUM berjaya merapatkan kedudukan 2-1 pada awal separuh masa kedua. Sejurus itu, saudara Amal Asrol dari pasukan PEMBINA KL kembali melebarkan jurang gol dengan satu jaringan solo yang menarik. Namun, selepas itu, pasukan PEMBINA CFSIIUM PJ terus-menerus mengawal permainan dan berjaya menjaringkan 2 gol untuk keputusan akhir berkesudahan seri 3-3.

Selepas tamat perlawanan, seluruh pemain mendengar tazkirah ringkas daripada saudara Affiq Ali tentang umat Islam di era ini. Tazkirah yang benar-benar menyentuh hati ini berjaya memberi kesedaran kepada seluruh pendengar. Kemudian, kesemua pemain berkenal-kenalan sebelum menjamu selera yang telah disediakan oleh pihak PEMBINA CFSIIUM PJ.

PEMBINA KL ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PEMBINA CFSIIUM PJ yang telah menjemput dan menerima kehadiran kami. Diharap kerjasama sebegini akan diteruskan dan melibatkan penglibatan lebih ramai belia-belia di negara kita. Akhir kata, MAJULAH SUKAN UNTUK BELIA.