PEMBINA Kuala Lumpur » Renungan

CINTA TANPA SYARAT
“Kita lahir hanya dengan satu hati yang jauh dalam diri kita, mengingatkan kita kepada penghargaan dan pemberian cinta diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.  Belajar untuk mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia.”

Sememangnya apabila ditanya tentang cinta maka ramai orang akan menjawab bahawa cinta itu sesuatu yang sangat menyeronokkan serta cinta adalah sesuatu yang indah.  Tidak kurang juga ada yang mengatakan cinta itu adalah pengorbanan.  Selain itu, kita sering mendengar ada yang mengatakan cinta itu buta bahkan ada yang sanggup melafazkan kata “Lautan api sanggup kuredahi” hanya semata-mata ingin membuktikan betapa cintanya seseorang itu kepada kekasihnya.  Persoalannya sanggupkah kita meredah api neraka demi membuktikan cinta kepada seseorang? Hakikatnya kita tidak sanggup kerana waima kita merasakan kita tidak layak ditempatkan di dalam syurga namun kita tidak sanggup masuk ke dalam neraka Allah.  Di samping itu, cinta juga sering dikaitkan dengan Hari Valentine.  Betapa peristiwa hari tersebut sangat diagung-agungkan sehinggakan umat Islam sendiri terikut-ikut dengan budaya yang dianjurkan.  Sedangkan di dalam Islam sendiri sebenarnya sudah mempunyai hari perayaan tersendiri.  Namun disebabkan ceteknya ilmu, ada yang menganggap Hari Valentine merupakan hari kekasih yang perlu diraikan dengan memberikan coklat, anak patung atau bunga sehingga lebih menyedihkan lagi ada di antara anak-anak gadis yang sanggup menggadaikan maruah demi semata-mata ingin membuktikan cinta sejati terhadap kekasihnya.  Sedar tak sedar, inilah yang dikatakan cinta yang bersyarat.

Usahlah mengejar cinta hamba kerana pasti akan kecewa tetapi sedarlah bahawa CINTA AGUNG pasti tidak mengecewakan malah dititipkan dua insan yang sentiasa mencintai kita tanpa bersyarat…… Siapakah dua insan yang tulus mencintai kita tanpa bersyarat itu?

Walau bagaimanapun, buah fikiran yang ingin dikongsikan pada kali ini adalah berkaitan dengan “CINTA TANPA SYARAT”.  Siapakah yang dimaksudkan yang mampu memberikan cinta tanpa syarat?  Sebenarnya insan yang dimaksudkan itu boleh jadi diri kita atau sesiapa sahaja dengan syarat seseorang itu sudah mempunyai anak.  Pernahkah kita mendengar tentang kisah kejayaan seorang ibu atau seorang bapa yang berjaya membesarkan sepuluh orang anak sehingga masing-masing menjawat jawatan tinggi?  Ataupun kisah kejayaan Nik Nur Madihah.  Ketika keputusan  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008 diumumkan seorang pelajar, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, membuat kejutan apabila mencatat keputusan cemerlang 19 A1 dan satu A2. Kejayaan pelajar dari Sekolah Menengah Agama Arab Maahad Muhammadi (Perempuan), Kota Bharu, Kelantan ini agak istimewa kerana dia adalah anak seorang nelayan yang hidup dalam keadaan serba kekurangan berbanding pelajar cemerlang SPM sebelum ini yang datang dari keluarga yang agak senang.

Hakikatnya kejayaan tersebut bermula dengan cinta yang tulus mulus dari dua orang insan yang sentiasa menghulurkan cinta tanpa syarat.  Mereka yang dimaksudkan adalah ayah dan ibu.  Pernah suatu hari seorang anak yang telah menjadi seorang jutawan menyatakan sesuatu kepada ayah dan ibunya.

“Mak, ayah.  Hari ni saya ingin membalas budi mak dan ayah.  Kirakan berapa nilai kasih sayang dan pengorbanan yang telah diberikan kepada saya selama ini sejak saya dilahirkan.  Saya ingin menebusnya kembali.  selepas ini saya harap tiada hutang antara kita. ” Kata si anak.  Mendengar kata-kata si anak si ibu terus berlenangan air mata.  Melihatkan keadaan si ibu maka mengertilah si bapa lantas menjawab dengan suara yang agak sebak.

“Wahai anakku, bukan wang atau harta yang kami inginkan darimu.  Sebelum kau dilahirkan kami sentiasa ternanti-nanti kehadiranmu.  Apabila kau sudah dilahirkan kami jaga dirimu dengan penuh kasih sayang.  Tidak pernah terlintas apa-apa balasan.  Cuma kami sentiasa mendoakan kebahagiaan dan kejayaan dirimu, wahai anakku.  Pernah suatu hari kau demam panas yang amat teruk.  Kau tahu apa yang ibumu lakukan?  Dia telah berdoa agar sakit yang ditanggung olehmu diberikan kepadanya.  Kemudian ibumu sakit selama seminggu dan kau kembali sihat seperti sedia kala tetapi ibumu yang sakit ketika itu masih melayan dan mengurus dirimu.” Kata si bapa dengan mata yang berkaca.

Berdasarkan sketsa tersebut, pokok utama yang ingin disimpulkan adalah betapa sifat Al-Wahab yakni salah satu daripada sifat-sifat Allah telah ditanam ke dalam hati dan perasaan kedua-dua ibu bapa kita.  Oleh itu, marilah kita sama-sama melihat maksud yang tersirat yang terdapat di dalam Al-Wahab.  Terdapat lima maksud yang ingin sama-sama dikongsikan iaitu:-

1)         Memberi tanpa meminta

2)       Memberi secara berulang-ulang kali

3)       Memberi tanpa balasan

4)       Memberi sesuatu yang amat berharga

5)       Memberi satu kebaikan agar daripada kebaikan itu terbit kebaikan yang lain

Kelima-lima maksud tersirat tersebut adalah sifat Allah yang telah dicampak ke dalam QALBU yakni hati insan bernama ibu dan ayah.  Sifat tersebutlah yang menyebabkan mereka mencintai kita dengan tanpa bersyarat.  Oleh yang demikian marilah kita bersama-sama muhasabah kembali bilakah kali terakhir kita menyakiti hati mereka?  Jika ada yang berbuat demikian hatta membiarkan kedua-dua ibu bapa kita menanti kepulangan atau panggilan telefon kita maka sama-samalah kita pulang ke kampung atau menelefon mereka.  Hal demikian perlu kita ambil berat kerana dosa yang tidak disedari adalah dosa terhadap kedua ibu bapa.  Dosa inilah yang sering diabaikan sehinggakan apabila sakaratul maut menjemput ada yang tidak mampu untuk melafazkan kalimah syahadah.  Wallahu’alam, semoga apa yang dikongsikan sedikit sebanyak mampu memberi peringatan kepada kita semua khususnya diri sendiri.

Allah berfirman:

Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam dua tahun, bersyukurlah pada-Ku dan kepada dua orang ibu bapakmu, hanya kepada-Kulah kembalimu.(QS. Luqman: 14)

Disediakan oleh: Anis Mohd Radzuan (Setiausaha PEMBINAKL)