PembinaKL - Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kuala Lumpur » Masyarakat

Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM
KUALA LUMPUR 14 Julai – Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan bahawa rumpun Melayu merupakan penduduk asal Malaysia sejak lebih 40,000 tahun dahulu.  Hasil kajian itu sekali gus menyangkal teori migrasi yang dikemukakan oleh penyelidik dari Vienna School of Thought, Heine-Geldern pada 1930-an yang mendakwa rumpun Melayu berhijrah ke Malaysia dari Tanah Besar Utara.

“Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke sini dari Tanah Besar Utara.

“Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan menunjukkan bahawa ia adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar,” jelas UKM dalam portal beritanya di http://pkukmweb.ukm.my/news.

Hasil kajian itu didedahkan Ketua Penyelidik Arkeologi UKM, Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman semasa membentang kertas kerjanya bertajuk ’38 Tahun Arkeologi di UKM’ pada Seminar Penanda Aras Penyelidikan Arkeologi di Bangi yang berakhir kelmarin.

Antara lokasi yang menjadi tapak kajian adalah Pulau Kalumpang dan Beruas (Perak); Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar (Johor); Kota Melaka (Melaka); Kota Lukut (Negeri Sembilan) dan beberapa tapak di Tasik Kenyir, Terengganu.

Nik Hassan Suhaimi yang juga Timbalan Pengarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA) berkata, keputusan kajian itu selari dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Tom Harrison dan isterinya pada 1958.  Tambah beliau, penyelidikan arkeologi di UKM sejak 1980-an menemui pelbagai data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu kerajaan Kedah Tua yang diperolehi dari tapak arkeologi Sungai Mas, Kedah.  “Isu penting dalam zaman kerajaan awal ialah proses Indianisasi.

Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM, proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India,” katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut.

Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?
Assalamualaikum w.b.t.

Selama cuti semester kali ini, saya berkesempatan untuk tinggal di sekitar kawasan Ampang Jaya, Selangor dan Taiping, Perak. Alhamdulillah, pada cuti kali ini juga saya berkesempatan untuk kembali menjadi kariah di surau/masjid di Ampang dan Taiping. Jika selama ini saya hanya bersama-sama dengan rakan-rakan seusia saya di musolla/masjid di universiti, kali ini saya berpeluang untuk kembali berukhwah dengan adik-adik, abang-abang dan pakcik-pakcik serta datuk-datuk di kawasan masjid tempat saya tinggal.

Sepanjang waktu cuti yang singkat ini, saya mengambil keputusan untuk membuat sedikit analisa tentang taburan kariah di masjid di sekitar kawasan tempat tinggal saya.

Pertamanya, Berkenaan taburan umur warga-warga kariah masjid bedasarkan pemerhatian saya. Jika dilihat, seperti yang semua sudah sedia maklum, kaum veteran atau warga emas yang lebih memenuhkan saf-saf di masjid semasa solat jemaah. Ini adalah suatu kebiasaan. Sebutlah di mana sahaja, pastinya warga sekitar kelompok usia inilah yang akan memenuhkan masjid-masjid di sekitar kita. Mereka bukan sahaja mempunyai masa yang lapang untuk menjadi kariah tetap di masjid, bahkan senarai ahli jawatankuasa masjid akan dipenuhi oleh wakil-wakil daripada golongan mereka juga.

Golongan kedua adalah golongan kanak-kanak. Mereka boleh dibahagi kepada dua kumpulan iaitu yang datang dibawa oleh ayah/ atuk, ataupun yang hadir sendiri. Untuk golongan pertama, sudah jelas bahawa kehadiran mereka adalah dorongan daripada ayah/atuk mereka yang turut menunjukkan teladan dengan hadir di masjid. Selalunya mereka ini terdiri daripada kanak-kanak berumur daripada 3 hingga 10 tahun. Di usia 11 tahun, mereka tidak lagi hadir ke masjid disebabkan dibawa oleh ayah/atuk mereka sahaja, bahkan terdapat satu faktor lain yang mendorong kepada kehadiran mereka – bersama rakan-rakan. Ya ! Untuk bersama rakan-rakan. ‘Aci ligan’, ‘Aci duduk’, ‘jamuan more’, gusti, bahkan ada yang bermain mercun di masjid. Ini juga bagi saya adalah kebiasaan di masjid di sekitar kita. Walaupun kelihatan sedikit terpesong maksud tujuan untuk ke masjid, sekurang-kurangnya mereka masih tetap wujud di masjid-masjid ini.

Bagi saya, hanya 2 golongan inilah yang memenuhkan saf-saf di surau/masjid di sekitar kita.

Namun, yang menjadi kehairanan saya ialah, dimana hilangnya golongan remaja dan belia? Lapisan manusia yang berumur daripada 13 tahun dan ke atas. Ke mana hilangnya kanak-kanak yang bermain-main di masjid suatu ketika dahulu? Yang sepatutnya sudah menjadi seorang remaja sekarang. Ke mana hilangnya mereka?

Dan sudah semestinya kehilangan mereka menyebabkan hilangnya generasi dewasa di surau/masjid. Generasi yang telah disibukan dengan bebanan kerjaya, rumahtangga, dan tanggungjawab lain.

Kronologinya mudah – Di usia muda hadir bersama-sama ayah/atuk(itupun jika ayah/atuknya ke masjid), kemudian menjadikan masjid sebagai tempat bermain bersama rakan-rakan. Lalu hilang pabila menjelang usia ramaja. Ketiadaan golongan remaja di masjid menunjukkan perkara yang sama akan berulang apabila mereka telah dewasa. Dan hanya muncul memenuhi kembali masjid pabila menjelang usia tua.

Solusinya juga nampak mudah – mengembalikan golongan remaja ke masjid akan mengembalikan golongan dewasa pada masa hadapan untuk memenuhi masjid di sekitar kita.

Isunya sekarang, di manakah remaja? Mengapa mereka ini hilang sedangkan di usia muda, mereka merupakan pendatang tetap ke masjid?

Di sini saya tidak berminat untuk menghuraikan faktor-faktor kehilangan remaja ke masjid. Dari sekecil-kecil masalah pengaruh rakan, hingga ke sebesar-besar masalah masyarakat yang tidak menjadikan persoalan ini sebagai masalah bersama, dan bermacam-macam faktor lain yang menjadi punca kepada masalah ini. Walau bagaimanapun saya berminat untuk membincangkan tindakan-tindakan yang boleh kita ambil bersama, sebagai seorang Muslim yang kepingin melihat kembalinya keunggulan generasi Muslim pada masa hadapan.

Mem‘belia’kan Masjid

Mungkin bunyinya pelik, namun inilah antara solusi yang saya nampak amat penting sekali. Kebanyakan masjid dilihat seperti amat tidak mesra remaja. Tiada biro khas untuk belia, tiada aktiviti untuk belia, dan lain-lain lagi. Saya pernah melihat sebuah masjid sekitar Subang Jaya, Selangor yang saya lihat amat mesra dengan remaja. Masjid itu mempunyai tapak futsalnya sendiri, yang memudahan golongan remaja berkumpul dan bermain di situ, lalu berjemaah ke masjid pabila tiba waktu solat. Ada juga sebahagian surau yang mempunyai gelanggang sepaktakraw dan juga meja pingpong, yang disediakan sebagai tempat belia berkumpul untuk beriadah. Bukanlah niat saya untuk menjadikan masjid sebagai tempat permainan, tetapi ini adalah contoh-contoh baik bagaimana masjid boleh di‘belia’kan. Saya kira pada zaman yang serba canggih ini, pasti terdapat ribuan lagi cara untuk mem‘belia’kan masjid, bergantung kepada persekitaran dan kemampuan sesebuah masjid itu sendiri.

Tazkirah/Ceramah Mesra Remaja

Sepanjang cuti ini, tiada lagi saya mendengar tajuk ceramah yang melibatkan golongan belia seperti yang banyak berlaku di sekolah-sekolah dan universiti-universiti. Penceramah tidak ada lansung mengaitkan belia dalam ceramah mereka, kecuali hanya segelintir kecil. Walaupun pelbagai isu disentuh, namun hamper-hampir tidak ada isu yang bersangkut-paut dengan belia. Cadangan saya jika dibincangkan dengan lebih teliti isu berkaitan hubungan bebas, hiburan melampau, budaya lepak dan rempit dalam siri-siri ceramah, pastinya ia akan memberi kesan walaupun bukan secara lansung kepada golongan belia,tetapi kepada kanak-kanak yang hadir yang bakal menjadi belia 3 atau 4 tahun akan datang!. Begitu juga golongan tua akan sedar dengan masalah-masalah yang berlaku dengan generasi belia di sekeliling mereka.

Keperihatinan Golongan Dewasa

Ini antara fenomena yang paling menyedihkan saya. Kelangsungan dan keghairahan suasana Islam itu terhenti di kala kanak-kanak itu menghampiri usia remaja. Ini kerana mereka dibiarkan 100% dengan kehidupan mereka. Amat dibiarkan. Rempitnya, hiburannya, ‘coupling’nya, dan lain-lain lagi masalah, yang seperti dipandang acuh tidak acuh oleh penjaga mereka – yang boleh jadi merupakan seorang yang setia mendampingi masjid. Ditambah pula dengan hakikat bahawa masalah belia sekarang jauh lebih parah berbanding 20 tahun dahulu, berbeza sama sekali. Remaja tidak boleh dibiarkan hanyut dalam arus kebejatan sosial.

Dekatilah Golongan Kanak-kanak

“Woi! Apa yang kome buat tu?! Pergi balik aje ler Yob!! Datang masjid menyusahkan aje!!” – ini adalah contoh ayat yang kadang-kadang dapat kita dengar dikeluarkan oleh kariah masjid yang tidak mesra kanak-kanak. Kanak-kanak adalah golongan pelapis, kesalahan mereka hendaklah dibetulkan, bukan dihalau! Dekatilah mereka. Lakukanlah apa-apa program yang bermanfaat untuk mereka. Kem Ibadah, Kursus Solat, dan lain-lain yang kena dengan jiwa kanak-kanak. Atau mungkin pertandingan mewarna!

Lakukan ‘Dakwah Fardiah’!

Hah! Ini yang paling senang dikata, susah dibuat, namun boleh jika disusun dengan baik. Ini bagi saya lebih mudah dilakukan oleh golongan belia yang selalu hadir ke masjid kepada rakan-rakan mereka. Jika dalam masa 1 tahun seorang belia dapat membawa seorang rakan seusianya ke masjid, dalam masa 5 tahun sebelum beliau melanjutkan pelajaran entah kemana-mana, seramai 64 orang remaja cintakan masjid akan berjaya dilahirkan. Itu jika setahun seorang, jikalau lebih dari itu?

Banyak lagi tindakan lain yang boleh diambil sebenarnya. Peranan institusi/ jabatan agama negeri untuk menyemarakkan masjid, sumbangan dana besar dari kerajaan kepada masjid, usaha kesedaran dari NGO-NGO Islam, didikan yang berterusan di sekolah, dan lain-lain lagi cara boleh diambil. Yang penting, usaha untuk menukar keadaan ini hendaklah diambil.

Masjid lebih daripada sekaadar adalah simbol agama Islam. Selain tempat ibadah, masjid sseharusnya berfungsi sebagai pusat komuniti, platform mengeratkan silaturrahim, pusat sebaran da’wah dan informasi dan sebagainya. Belia pula merupakan simbol masa depan kita. Bayangkan bagaimana agama kita pada masa hadapan jika situasi sekarang berterusan. Tepuk dada, tanya iman kita.

Ayuh! Bersama-sama kita berusaha untuk merubah keadaan ini dan mengembalikan keagungan Islam pada masa dahulu yang dipacu oleh remaja-remaja seperti Ali b Abi Talib, Zaid b Tsabit, Abdullah b Umar, Mus’ab b Umair, Abdullah b  Zubair, dan ramai lagi generasi pewira Islam yang terdiri daripada golongan remaja.

Mari bersama-sama kita renungkan sepotong hadis Rasulullah S.A.W sebagai penyuntik motivasi:

عن أبي هريرة رضي الله عنه عن النبي صلى الله عليه وسلم قال  : ” سبعة يظلهم  		الله في ظله يوم لا ظل إلا ظله ، إمام عادل وشاب نشأ في عبادة الله ،  ورجل  		قلبه معلق بالمساجد ، ورجلان تحابا في الله اجتمعا عليه وتفرقا عليه ،  ورجل  		دعته امرأة ذات منصب وجمال فقال إني أخاف الله . ورجل تصدق بصدقة فأخفاها   		حتى لا تعلم شماله ما تنفق يمينه ، ورجل ذكر الله خالياً ففاضت عيناه ”  		متفق عليه

“Ada tujuh macam orang yang akan dinaungi oleh Allah dalam naunganNya pada hari yang tiada naungan melainkan naunganNya sendiri (yakni hari kiamat), iaitu : 1) imam (pemimpin) yang adil. 2) Pemuda yang membesar (sejak kecilnya) dalam beribadat kepada Allah. 3) Orang yang hatinya tergantung (sangat memerhatikan) kepada masjid-masjid. 4) Dua orang yang saling cinta-mencintai kerana Allah, keduanya berkumpul atas keadaan sedemikian itu dan keduanya berpisah atas keadaan sedemikian itu pula. 5) Orang lelaki yang diajak oleh wanita yang mempunyai kedudukan dan berparas cantik, lalu ia berkata: “Sesungguhnya saya ini takut kepada Allah,” (demikian pula sebaliknya, iaitu wanita yang diajak lelaki lalu bersikap seperti di atas) 6) juga orang yang bersedekah dengan suatu sedekah lalu disembunyikan sedekahnya itu sehingga seolah-olah tangan kirinya tidak tahu apa yang dinafkahkan oleh tangan kanannya. 7) dan orang yang mengingat pada Allah di waktu keadaan sunyi lalu melelehlah airmata dari kedua matanya.” (Muttafaq ‘alaih)

Akhir kata daripada saya kepada remaja sekalian dan saya sendiri terutamanya, marilah kita bersama-sama berusaha untuk MENJADI GENERASI BELIA HARAPAN.

Nor Aizat Rahimi Rostam Rahimi

Computer and Information Engineering, IIUM

Koc Khusus untuk Wanita – KTMB
Bermula hari ini, buat pertama kalinya Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan koc komuter khusus bagi penumpang wanita bagi laluan Sentul-Pelabuhan Klang. Gerabak yang bertemakan “Wanita Sahaja Sepanjang Masa” boleh dikenal pasti menerusi pelekat berwarna merah jambu yang lekat pada tingkap dan pintu komuter.

Menurut KTMB, lokasi koc di platform dapat dikenal pasti melalui kain rentang yang dipasang pada platform serta tiang platform yang berwarna merah jambu.

“Namun penumpang wanita tidak diwajibkan menggunakan koc ini kerana mereka boleh memilih untuk menggunakan koc-koc biasa yang lain,” menurut kenyataan KTMB.

Statistik KTMB menunjukkan 60 peratus pengguna perkhidmatan komuter adalah terdiri daripada golongan wanita. Kanak-kanak lelaki berumur kurang daripada 12 tahun yang membuat perjalanan bersama ibu atau keluarga wanita mereka juga dibenarkan menaiki koc merah jambu ini.

Koc untuk wanita diletakkan di bahagian tengah komuter manakala koc di hadapan dan belakang merupakan koc biasa yang boleh digunakan bersama antara penumpang lelaki dan wanita.

Secara ringkasnya kedudukan Koc Wanita bagi setiap tren Komuter yang mempunyai tiga (3) koc (gerabak) adalah seperti berikut:

- Koc Hadapan – Koc Biasa (lelaki dan wanita)

- Koc Tengah – Koc Wanita (wanita sahaja)

- Koc Belakang – Koc Biasa (lelaki dan wanita)

Menurut KTMB, penyediaan koc khusus untuk wanita adalah bertujuan memberi keselesaan dan jaminan keselamatan kepada penumpang wanita daripada risiko gangguan seksual atau terpaksa bersesak-sesak dengan penumpang lelaki.

sumber:

http://www.ktmb.com.my/Story.aspx?id=3351

Bernama

Apa pandangan anda? kongsikan dalam komen di bawah atau sertai perbincangan di Facebook Sahabat PEMBINA Kuala Lumpur

Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam
Industri perfileman Malaysia masih tandus dan  gagal menghasilkan karya-karya berunsur Islam yang berkesan untuk  berdakwah kepada masyarakat.

Itu pandangan Habiburrahman el-Sirazy (gambar), 33, novelis  terkemuka dari Indonesia yang terkenal dengan karyanya bertajuk Ayat-Ayat  Cinta dan Bila Cinta Bertasbih yang berjaya diadaptasi  menjadi filem.

Beliau yang juga seorang penyair berkata, pembikin filem di negara  ini masih tidak berani menonjolkan amalan Islam dalam karya-karya mereka  menyebabkan mereka ketinggalan berbanding karya dari negara jiran itu.

“Apa yang paling penting adalah niat. Masyarakat semestinya akan  melihat hasil kerja kita yang semuanya bergantung kepada penulis itu  sendiri.

“Di Malaysia, mereka masih tidak berani menaikkan nilai dan imej-imej  Islam dengan lebih mendalam dan contoh yang paling mudah seperti  aktiviti keagamaan di dalam masjid.

“Di Indonesia, kami mengangkat masjid sebagai nilai Islam dan kalau  ada nilai, kena ada simbolnya iaitu masjid itu sendiri. Ini yang kita  buat untuk masyarakat di sana,” katanya.

Habiburrahman ditemui pada program Hari Hiburan Islam yang  turut menyelitkan program Bicara Selebriti dan tayangan filem Ketika  Cinta Bertasbih yang diadaptasi daripada novel terbaru beliau.

Menurutnya, sepanjang tiga tahun lepas, filem yang berunsurkan dakwah  seperti Ayat-Ayat Cinta dan Ketika Cinta Bertasbih yang  berasal daripada novel beliau serta Laskar Pelangi mendapat  sambutan luar biasa daripada masyarakat republik itu.

Ini kerana jelasnya, filem tersebut menyentuh secara langsung  kehidupan masyarakat di negara itu yang majoritinya menganut agama  Islam.

Mengulas mengenai perkembangan filem di negara ini, katanya,  kebanyakannya digarap dengan baik tetapi dari segi idea dan tema masih  kurang memberangsangkan.

“Cerita berbentuk Islamik kalau kita tulis dengan kaedah yang baik,  maka akan dapat sambutan.

“Selain penggarapan, kematangan dan pemilihan idea juga perlu, tetapi  di sini ada garapan yang bagus tapi ideanya tidak sesuai dengan  masyarakat,” ujarnya.

Menurut beliau, apa yang dikehendaki oleh masyarakat tidak  ditampilkan sedangkan seorang sasterawan itu harus berinteraksi dengan  masyarakat.

“Kalau orang haus kita kena bagi minum bukan bagi keropok. Walaupun  sedap dia tidak akan ambil kerana apa yang dimahukan adalah minuman,”  tambahnya.

﻿sumber: Utusan Malaysia

83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia
Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat.

Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik , cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid.

Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini.

Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ?

Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

STATISTIK

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008.

Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

Pecahan mengikut negeri:

Selangor = 12,836 orang

Perak = 9,788 orang

Kuala Lumpur = 9,439 orang

Johor = 8,920 orang

Sabah = 8,435 orang

Negeri Sembilan = 4,108 orang

Pahang = 3,677 orang

Kedah = 3,496 orang

Pulau Pinang = 3,412 orang

Melaka = 2,707 orang

Kelantan = 1730 orang

Perlis = 691 orang

Sarawak = 617 orang

Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

PEMBINA di Berita Harian
PENGUNJUNG mendaftar nama bagi mendapatkan rawatan di kaunter yang disediakan penganjur E-Fest ’09.

PELAJAR Universiti Islam Antarabangsa Malaysia memanfaatkan festival keusahawanan, Economics Fiesta 2009 (E-Fest ’09) diadakan baru-baru ini bagi mempelajari asas perniagaan, selain membeli barangan keperluan pada harga istimewa.

Ahli Jawatankuasa Bahagian Promosi dan Publisiti E-Fest ‘09, Ahmad Usamah Zulkifli, berkata kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan gerai diusahakan pelajar dengan menjual pelbagai barangan seperti buku, pakaian dan makanan.

Katanya, program seperti seminar perniagaan dan Forum Bicara Ad-Din pula mendedahkan pelajar pengetahuan asas perniagaan dengan mengambil kira nilai serta peraturan Islam perlu dipatuhi.

“Ini tahun kelima Kuliyah Ekonomi dan Pengurusan Sains menganjurkan E-Fest dan jumlah gerai diusahakan pelajar kali ini adalah kira-kira 15 peratus sementara bakinya daripada syarikat dan pengusaha luar.

“Penyertaan dalam program ini diharap dapat memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar dengan memberi pendedahan mengenai kepelbagaian peluang perniagaan boleh diterokai, selain pengalaman menjalankan perniagaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, pelajar tahun dua program Ijazah Komputer Sains, Mohd Hafiz Mohd Annuar, yang membuka gerai jualan buku di bawah Persatuan Belia Islam Nasional, berkata penyertaannya memberi pengalaman bermakna baginya.

“Selain pengendalian gerai, pengalaman berniaga menerusi program ini memberi peluang saya belajar berkomunikasi dan menangani pelbagai ragam pelanggan,” katanya.

Pelajar tahun akhir Kejuruteraan BioTeknologi, Siti Fairus Sahul Hamid, 23, berkata penganjuran program itu wajar diteruskan kerana ia boleh disifatkan sebagai satu kemudahan bagi pelajar.

“Tahun ini lebih banyak gerai jualan dibuka dan menjual pelbagai jenis barangan termasuk peralatan teknologi maklumat dan komunikasi pada harga istimewa untuk pelajar.

“Saya dapat membeli jalur lebar pada harga berpatutan dan akan dimanfaatkan untuk merujuk jurnal sebagai sebahagian persediaan menyiapkan tugasan tahun akhir,” katanya.

E-Fest ‘09 dianjurkan selama seminggu berakhir 25 Julai lalu dengan tema Moving Forwards With Economics Excellent.

Sembilan program utama memeriahkan festival berkenaan iaitu pameran I-Tech dan buku, pameran perniagaan, seminar perniagaan, bazar Muslim, Forum Bicara Ad-din, Econ Sprint, Going Green dan Kempen Terapi Penjagaan Kesihatan.

Maklumat tambahan:

Mohd Hafiz bin Mohd Anwar merupakan salah seorang ahli PEMBINA yang berada di dalam Biro Media sebagai photographer utama bagi aktiviti/program yang dianjurkan oleh PEMBINAKL. Walaupun sibuk dengan aktiviti ko-kurikulum UIA(Wataniah), itu tidak menghalang beliau untuk turut bergerak aktif mengikuti program anjuran PEMBINA.

Gotong Royong Bersama Masyarakat
Batu Caves, 23 Mei – Berbekalkan semangat tolong menolong dalam perkara kebaikan dan perkara yang meningkatkan taqwa (al-ta’awun ‘ala al-birr wa al-taqwa), seramai 12 orang ahli dan sukarelawan PEMBINA KL telah menyertai misi gotong royong membantu ahli kariah Taman Sunway Batu Caves untuk membersihkan Surau Al-Hidayah di taman tersebut. Program gotong royong itu diadakan berikutan penganjuran Forum Bicara Addin oleh Lembaga Zakat Selangor yang akan diadakan pada malamnya. Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu turut disertai oleh kira-kira 20 orang penduduk taman berkenaan.

Sebelum meneruskan misi, pihak surau telah menyediakan sedikit sarapan berupa nasi lemak, mee goreng dan bihun goreng untuk para sukarelawan supaya mereka mempunyai tenaga untuk melakukan kerja. Seusai menjamah sarapan, ahli dan sukarelawan PEMBINA terus menjalankan kerja-kerja seperti membersihkan perkarangan surau, mengemas bahagian dalam surau, mencuci kipas, cermin dan lantai serta mencuci tandas. Sebahagian ahli turut juga membantu membersihkan daging ayam untuk jamuan makan malam sebelum forum pada malam itu. Di samping membantu ahli kariah surau, ahli dan sukarelawan PEMBINA telah mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan penduduk taman dan menjalinkan silaturrahim.

Benarlah kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung  bulat manusia kerana muafakat’, hasilnya kerja yang berat terasa ringan apabila dilakukan bersama-sama disamping berkat kerja berkumpulan yang diraih. Program gotong royong pada pagi itu berakhir kira-kira jam 12 tengahari dan semua penduduk taman, ahli dan sukarelawan PEMBINA bersama-sama menikmati sedikit lagi jamuan ringan sebelum pulang. Semua ahli dan sukarelawan berasa senang dengan sedikit usaha yang telah mereka lakukan dan berharap program seperti itu dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Hanya ganjaran dari Allah yang didambakan sebagai balasan dari sumbangan mereka yang tidak seberapa itu.

Sertai Kami di Facebook!
Sertai Komuniti PEMBINA di Facebook Sekarang!

Ribuan Jiwa Belia Meriahkan Konvensyen
Kesedaran dan sensitiviti belia terhadap isu semasa dan permasalahan umat Islam jelas kian menebal dan meningkat. Ini dapat dibuktikan dengan kehadiran lebih dari 3000 orang peserta ke Konvensyen Berakhirnya Agenda Zionis yang berlangsung di Dewan Merdeka PWTC 9 MEi yang lepas, yang majoritinya terdiri daripada warga belia yang beraura segar dan bersemangat. Dengan tiga orang ahli panel yang mantap, sidang konvensyen membicarakan isu agenda zionis, situasi semasa, serta peranan umat Islam untuk memastikan bahawa agenda mereka berakhir dan lenyap.

PEMBINA Kuala Lumpur diberi tugas untuk mengendalikan protokol majlis keseluruhan, merangkumi tugas sebagai ‘floor manager’ dan ‘stage manager’. Dibantu oleh sukarelawan-sukarelawan PEMBINA, kami tiba seawal jam 7.45 pagi ke lokasi konvensyen. Memandangkan kami juga diberi tanggungjawab menguruskan sekuriti dan turut terlibat bertugas sebagai penyambut tetamu dan pengiring VIP, semua petugas hadir ke lokasi konvensyen dengan sut dan kelengkapan masing-masing; sekuriti berpakaian serba hitam (berkaca mata hitam juga), manakala penyambut tetamu lelaki tampan berkemeja putih dan bertali leher.

Majlis yang dirasmikan oleh Yang Berbahagia Mufti Perlis, Sahibus Samahah Dr Juanda Jaya dihangatkan lagi dengan kehadiran Dr Roslan Mohd Nor, Dr Azzam Tamimi, dan Dr Mohsen Saleh selaku pembentang lima kertas kerja sememangnya memberikan suatu input yang amat bermanfaat kepada para hadirin. Antara tajuk yang dibincangkan ialah Sejarah Kewujudan Zionis, ‘Uslamic Resurrection in Palestine’, ‘Zionism versus Judaism’, dan ‘The End of Zionism’.

Segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah Ta’ala kerana mempermudahkan urusan secraa keseluruhannya. Tahniah diucapkan kepada PEMBINA dan ribuan penghargaan untuk semua ahli PEMBINA dan sukarelawan yang terlibat menjayakan program. Syabas Belia! Syabas PEMBINA!

Sekitar Karnival Futsal PEMBINA 09
Gombak –  Pagi 21 Mac 2009 mencatatkan suatu sejarah baru apabila Kompleks Futsal Sports Seven Wangsa Maju digegarkan dengan jeritan semangat peserta Karnival Futsal PEMBINA 09 Anjuran Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kuala Lumpur. Peserta hadir seawal jam 8.30 pagi untuk sesi pendaftaran. Sebanyak 15 pasukan berjaya mendaftarkan  diri untuk kejohanan manakala satu pasukan lagi terpaksa dibatalkan kelayakan mereka kerana kegagalan untuk mendaftarkan pasukan pada masa yang ditetapkan. Sebelum perlawanan dimulakan, para peserta berkumpul di dalam gelanggang untuk mendengar sesi taklimat yang disampikan oleh pengarah program, saudara Ruziani Abdul Razak.

Perlawanan peringkat kumpulan A, B, C, dan D menyaksikan semua pasukan berentap dengan penuh bersemangat. Antara keputusan menarik  yang dicatatkan ialah kejayaan pasukan BMI B membelasah pasukan KDU PJ dengan mata 9-0. Sekitar jam 1 tgh hari, perlawanan peringkat  kumpulan tamat dengan 8 kumpulan layak ke pusingan suku akhir. Para pemain yang layak diberikan masa untuk rehat selama lebih kurang satu jam setengah. Tepat masuknya waktu zohor, para AJK karnival Futsal bersama peserta pertandingan yang berada di dalam kompleks telah menunaikan solat Zohor secara berjama’ah, di dalam salah satu gelanggang futsal di kompleks tersebut.

Tepat jam 2.35 petang, perlawanan suku akhir dimulakan. Pemain sudah mula kelihatan letih, apatah lagi bermula pada peringkat suku akhir,perlawanan dilangsungkan selama 10 minit bagi setiap separuh masa. Setelah penat bertungkus lumus, 4 pasukan handalan berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir. Legumes Fc Bertemu pasukan IIC, dmanakala Kijang Hooligan FC menentang pasukan ISMA Gombak.

Perlawanan sengit antara Legumes FC dan IIc dipertontonkan, manakala di gelanggang kedua, perlawanan seakan-akan dimonopoli oleh pasukan Kijang Hooligan FC. Keputusan akhirnya berpihak kepada Legumas FC dan Kijang Hooligan FC untuk bertemu di perlawanan akhir. Perlawanan akhir sememangnya memaparkan aksi-aksi handalan dari kedu-dua pasukan. Kecekapan penjaga gol Hooligan FC dan kombinasi yang baik antara ahli pasukan akhirnya membuahkan hasil apabila mereka dinobatkan sebagai juara Karnival Futsal PEBINA 09 sejurus wisel penamat ditiupkan. Pasukan Legumes FC terpaksa berpuas hati dengan tempat kedua dan pasukan IIC di tempat ketiga. Majlus penutup dan penyampaian hadia disempuranakan oleh Encik Abdul Razak Jantan, diiringi oleh pengarah karnival, saudara Ruziani. Semoga PEMBINA akan terus menganjurkan aktiviti-aktiviti sukan seumpanya untuk para belia. Akal yang sihat terletak pada badan yang sihat..