• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   5:51   Syuruk:  7:06   Zohor:  1:11    Asar:  4:15   Maghrib:  7:16   Isya':  8:23    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Mon, Jul 26 2010 | 2 Comments

KLIKK 2010 Bina Masyarakat Muhibah

Oleh: admin

klikk2010

Karnival Larian Islami, Kesihatan dan Kekeluargan (KLIKK 2010) telah berlangsung dengan meriahnya pada 17 Julai yang lepas . Program ini dianjurkan oleh  Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Gombak, Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Kuala Lumpur dengan kerjasama  Masjid Ar-Rahimah Taman Greenwood.

klikk2010

Tirai KLIKK 2010 dimulakan dengan pertandingan larian. Peserta tiba seawal jam 7.30 pagi untuk mengesahkan pendaftaran dan mengambil T-shirt khas KLIKK2010. Sekitar jam 8.45 pagi, sesi taklimat larian dimulakan, diikuti dengan taklimat keselamatan dan sesi tazkirah oleh Pengerusi PEMBINA KL, saudara Umar Hakim bin Mohd Tajuddin. Sebanyak empat kategori dipertandingkan iatu kategori menengah rendah, menengah atas , belia dan veteran. Kehadiran seorang peserta veteran berumur 72 tahun telah memberikan suntikan semangat terhadap peserta-peserta lain.

klikk2010

Acara larian bermula jam 9 pagi dengan peserta lelaki dilepaskan terlebih dahulu mengikut kategori larian. Peserta lelaki perlu menghabiskan larian sejauh 5.1 km manakala peserta wanita 4.2 km.

klikk2010

klikk2010

klikk2010

Sementara itu, persiapan karnival di perkarangan masjid Ar-Rahimah bermula seawal jam 9 pagi. Pelbagai gerai jualan makanan, buku dan produk muslim telah dibuka di kawasan sekitar masjid. Selain itu, beberapa agensi kesihatan turut hadir untuk memberikan perkhidmatan pemeriksaan kesihatan percuma. Selain pemeriksaan kesihatan, para pengunjung karnival juga berkesempatan untuk menderma darah di booth Pusat Darah Negara.

klikk2010

klikk2010

klikk2010

klikk2010

Untuk memeriahkan lagi suasana KLIKK 2010, beberapa acara untuk kanak-kanak telah diadakan oleh pihak penganjur. Acara pertandingan mewarna mendapat sambutan yang begtu hebat apabila hampir keseluruhan kawasan pertandingan dipenuhi oleh ibu-bapa dan anak-anak kecil yang tekun dengan aktiviti mewarna. Sejurus aktiviti mewarna tamat, pertandingan pendakwah cilik dimulakan. Seramai 6 orang kanak-kanak menunjukkan keberanian mereka berdiri di hadapan orang ramai dan menyampaikan pidato berkaitan Islam dengan petah dan penuh kelantangan. Gelagat para pendakwah cilik ini telah mencuri tumpuan para ibu-bapa dan seluruh pengunjung karnival.

klikk2010

klikk2010

klikk2010

klikk2010

Acara kemuncak KLIKK 2010 bermula sekitar jam 12 tengah hari dengan upacara perasmian program yang disempurnakan oleh Orang Besar Gombak,YAD. Dato’ Paduka Raja Dato’ Hj. Wan Mahmood b. Pa’ Wan Teh. Beliau amat menyokong program KLIKK 2010 dan yang seumpama dengannya kerana bertepatan dengan fungsi masjid iaitu menyatukan umat tanpa mengira bangsa mahupun warna kulit.

klikk2010

“Sebanyak 40 masjid yang terdapat dalam daerah Gombak dan saya percaya orang ramai dapat bersama-sama mengimarahkan masjid dan mentransformasikan masjid bukan sahaja sebagai tempat untuk bersolat tetapi tempat untuk mengeratkan silaturahim,” beliau dipetik sebagai berkata dalam laporan berita oleh Sinar Harian.

Hadir sama dalam program  KLIKK 2010 ialah Tuan Haji Abdul Rahman bin Satam, Nazir Masjid Rahimah, Tuan Haji Aminuddin bin Yahya, Setiausaha Agung Ikatan Muslimin Malaysia, dan saudara Zaizul Azizi bin Zaman, Presiden PEMBINA. Majlis penyampaian hadiah untuk pertandingan larian berlangsung sejurus tamat majlis perasmian.

klikk2010

Suasana sepanjang karnival dimeriahkan dengan celoteh daripada DJ bertugas yang turut mengendalikan pertandingan kuiz untuk kanak-kanak dan cabutan bertuah. Program tamat sekitar pukul 5 petang.

klikk2010

klikk2010

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat menganjurkan KLIKK2010. Semoga program seumpama ini mampu memupuk dan mengeratkan ikatan silaturahim antara masyarakat Muslim di negara ini.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

2 Comments

  • bilal_j
    July 26, 2010 | Permalink |

    Tahniah semua. Terus jalan!

  • srsmh
    August 1, 2010 | Permalink |

    go pembina go!
    strive for mardhatillah!

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    • Entri Terkini

      • Edaran Kit Ramadhan di Kampus
      • Perkongsian Ramadhan
      • Perkelahan Beliawanis Pupuk Kemesraan
      • Welcoming Picnic
      • KLIKK 2010 Bina Masyarakat Muhibah
    • Entri Popular

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 1,410 views
      • Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan - 1,184 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 861 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 744 views
      • Ekspedisi Gunung Ledang Uji Ketahanan Belia - 713 views
    • Komen Pelawat

      • Name*: Alhamdulillah….
      • srsmh: go pembina go! strive for mardhatillah!
      • Nor Aizat: perjanjian ulu yam..haha…tercabul jgak akhirnya kerana salah faham..
      • bilal_j: Tahniah semua. Terus jalan!
      • bilal_jailani: Nak join bola jugak! Bola mcm ni memudahkan kita kenal kawan2, merapatkan yang jauh, menjadi qudwah...
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    KUALA LUMPUR 14 Julai – Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi …

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Assalamualaikum w.b.t.
    Selama cuti semester kali ini, saya berkesempatan untuk tinggal …

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Bermula hari ini, buat pertama kalinya Keretapi Tanah Melayu Berhad …

  • Mesej

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||