• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   5:51   Syuruk:  7:06   Zohor:  1:11    Asar:  4:15   Maghrib:  7:16   Isya':  8:23    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Fri, Jul 16 2010 | 0 Comments

Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

Oleh: admin

Malaysia

KUALA LUMPUR 14 Julai – Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengesahkan bahawa rumpun Melayu merupakan penduduk asal Malaysia sejak lebih 40,000 tahun dahulu. Hasil kajian itu sekali gus menyangkal teori migrasi yang dikemukakan oleh penyelidik dari Vienna School of Thought, Heine-Geldern pada 1930-an yang mendakwa rumpun Melayu berhijrah ke Malaysia dari Tanah Besar Utara.

“Data arkeologi yang diperolehi di Semenanjung Malaysia dan Sarawak menunjukkan rumpun Melayu adalah penduduk asal bumi Malaysia sejak lebih 40,000 tahun lalu dan bukan berhijrah ke sini dari Tanah Besar Utara.

“Artifak-artifak seperti seramik yang ditemui di lebih 100 kawasan ekskavasi yang dijalankan menunjukkan bahawa ia adalah berbentuk tempatan dan bukan dibawa masuk dari luar,” jelas UKM dalam portal beritanya di http://pkukmweb.ukm.my/news.

Hasil kajian itu didedahkan Ketua Penyelidik Arkeologi UKM, Profesor Datuk Dr. Nik Hassan Suhaimi Nik Abdul Rahman semasa membentang kertas kerjanya bertajuk ’38 Tahun Arkeologi di UKM’ pada Seminar Penanda Aras Penyelidikan Arkeologi di Bangi yang berakhir kelmarin.

Antara lokasi yang menjadi tapak kajian adalah Pulau Kalumpang dan Beruas (Perak); Kota Johor Lama, Kota Seluyut, Kota Sayong Pinang dan Muar (Johor); Kota Melaka (Melaka); Kota Lukut (Negeri Sembilan) dan beberapa tapak di Tasik Kenyir, Terengganu.

Nik Hassan Suhaimi yang juga Timbalan Pengarah Akademi Tamadun Melayu (ATMA) berkata, keputusan kajian itu selari dengan penemuan tengkorak manusia di Gua Niah, Sarawak oleh Tom Harrison dan isterinya pada 1958. Tambah beliau, penyelidikan arkeologi di UKM sejak 1980-an menemui pelbagai data baru tentang asal usul kerajaan Melayu tertua di Malaysia iaitu kerajaan Kedah Tua yang diperolehi dari tapak arkeologi Sungai Mas, Kedah. “Isu penting dalam zaman kerajaan awal ialah proses Indianisasi.

Berdasarkan kajian yang dibuat di UKM, proses Indianisasi itu boleh ditukar kepada proses pembumiputeraan kebudayaan India,” katanya seperti yang dilaporkan portal tersebut.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    • Entri Terkini

      • Edaran Kit Ramadhan di Kampus
      • Perkongsian Ramadhan
      • Perkelahan Beliawanis Pupuk Kemesraan
      • Welcoming Picnic
      • KLIKK 2010 Bina Masyarakat Muhibah
    • Entri Popular

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 1,410 views
      • Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan - 1,184 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 861 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 744 views
      • Ekspedisi Gunung Ledang Uji Ketahanan Belia - 713 views
    • Komen Pelawat

      • Name*: Alhamdulillah….
      • srsmh: go pembina go! strive for mardhatillah!
      • Nor Aizat: perjanjian ulu yam..haha…tercabul jgak akhirnya kerana salah faham..
      • bilal_j: Tahniah semua. Terus jalan!
      • bilal_jailani: Nak join bola jugak! Bola mcm ni memudahkan kita kenal kawan2, merapatkan yang jauh, menjadi qudwah...
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    KUALA LUMPUR 14 Julai – Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi …

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Assalamualaikum w.b.t.
    Selama cuti semester kali ini, saya berkesempatan untuk tinggal …

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Bermula hari ini, buat pertama kalinya Keretapi Tanah Melayu Berhad …

  • Mesej

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||