• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   6:06   Syuruk:  7:20   Zohor:  1:24    Asar:  4:35   Maghrib:  7:26   Isya':  8:33    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Fri, Jul 31 2009 | 0 Comments

PEMBINA di Berita Harian

Oleh: admin

PENGUNJUNG mendaftar nama bagi mendapatkan rawatan di kaunter yang disediakan penganjur E-Fest ‘09.

PELAJAR Universiti Islam Antarabangsa Malaysia memanfaatkan festival keusahawanan, Economics Fiesta 2009 (E-Fest ‘09) diadakan baru-baru ini bagi mempelajari asas perniagaan, selain membeli barangan keperluan pada harga istimewa.

Ahli Jawatankuasa Bahagian Promosi dan Publisiti E-Fest ‘09, Ahmad Usamah Zulkifli, berkata kira-kira 15 peratus daripada jumlah keseluruhan gerai diusahakan pelajar dengan menjual pelbagai barangan seperti buku, pakaian dan makanan.

Katanya, program seperti seminar perniagaan dan Forum Bicara Ad-Din pula mendedahkan pelajar pengetahuan asas perniagaan dengan mengambil kira nilai serta peraturan Islam perlu dipatuhi.

“Ini tahun kelima Kuliyah Ekonomi dan Pengurusan Sains menganjurkan E-Fest dan jumlah gerai diusahakan pelajar kali ini adalah kira-kira 15 peratus sementara bakinya daripada syarikat dan pengusaha luar.

“Penyertaan dalam program ini diharap dapat memupuk semangat keusahawanan di kalangan pelajar dengan memberi pendedahan mengenai kepelbagaian peluang perniagaan boleh diterokai, selain pengalaman menjalankan perniagaan sendiri,” katanya.

Sementara itu, pelajar tahun dua program Ijazah Komputer Sains, Mohd Hafiz Mohd Annuar, yang membuka gerai jualan buku di bawah Persatuan Belia Islam Nasional, berkata penyertaannya memberi pengalaman bermakna baginya.

“Selain pengendalian gerai, pengalaman berniaga menerusi program ini memberi peluang saya belajar berkomunikasi dan menangani pelbagai ragam pelanggan,” katanya.

Pelajar tahun akhir Kejuruteraan BioTeknologi, Siti Fairus Sahul Hamid, 23, berkata penganjuran program itu wajar diteruskan kerana ia boleh disifatkan sebagai satu kemudahan bagi pelajar.

“Tahun ini lebih banyak gerai jualan dibuka dan menjual pelbagai jenis barangan termasuk peralatan teknologi maklumat dan komunikasi pada harga istimewa untuk pelajar.

“Saya dapat membeli jalur lebar pada harga berpatutan dan akan dimanfaatkan untuk merujuk jurnal sebagai sebahagian persediaan menyiapkan tugasan tahun akhir,” katanya.

E-Fest ‘09 dianjurkan selama seminggu berakhir 25 Julai lalu dengan tema Moving Forwards With Economics Excellent.

Sembilan program utama memeriahkan festival berkenaan iaitu pameran I-Tech dan buku, pameran perniagaan, seminar perniagaan, bazar Muslim, Forum Bicara Ad-din, Econ Sprint, Going Green dan Kempen Terapi Penjagaan Kesihatan.

Maklumat tambahan:

Mohd Hafiz bin Mohd Anwar merupakan salah seorang ahli PEMBINA yang berada di dalam Biro Media sebagai photographer utama bagi aktiviti/program yang dianjurkan oleh PEMBINAKL. Walaupun sibuk dengan aktiviti ko-kurikulum UIA(Wataniah), itu tidak menghalang beliau untuk turut bergerak aktif mengikuti program anjuran PEMBINA.
1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    Hebahan
    • Most Rated

      • Selamat Datang Ramadhan! - 1 votes
      • Salam ukhuwwah! :) - 0 votes
      • Asahlah Kapakmu.. - 0 votes
      • Kembara Baitul Muslim - 0 votes
      • Kembara ke Selatan…. - 0 votes
    • Most Viewed

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 770 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 494 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 458 views
      • Kejohanan Bowling Belia PEMBINAKL - 456 views
      • Ada apa dengan Cita-cita? - 346 views
    • Most Commented

      • Event Management (3)
      • Kembara ke Kuala Terengganu (3)
      • Ada apa dengan Cita-cita? (2)
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ (2)
      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah (1)
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Industri perfileman Malaysia masih tandus dan gagal menghasilkan karya-karya …

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. …

    PEMBINA di Berita Harian

    PEMBINA di Berita Harian

    PENGUNJUNG mendaftar nama bagi mendapatkan rawatan di kaunter yang disediakan …

  • Mesej

  • Tag

    Aktiviti (20)
    Dunia Islam (3)
    Kampus (5)
    Makluman (14)
    Masyarakat (9)
    Renungan (7)
    Uncategorized (10)

    WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||