• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   5:51   Syuruk:  7:06   Zohor:  1:11    Asar:  4:15   Maghrib:  7:16   Isya':  8:23    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Thu, Apr 29 2010 | 0 Comments

Sidrom Berputus Asa

Oleh: admin

Istilah putus asa merupakan salah satu istilah yang selalu bermain-main dalam diri manusia. Istilah ini boleh diibaratkan dengan putusnya harapan dan daya usaha dalam melakukan dan melaksanakan sesuatu pekerjaan dalam bidang apa sekalipun. Putus asa merupakan satu sifat negatif yang selalu dipandang remeh oleh manusia. Perkataan putus asa juga tidak pernah lari dalam diri seorang manusia, mahupun seorang Muslim yang berdakwah. Putus asa mampu merencatkan bermacam-macam rancangan dan strategi yang telah dirancang lebih awal.

“Saya dah tak laratlah nak pegang jawatan presiden persatuan ni. Cari orang lain jela ye?”

“Aku dah agak dah, memang aku takkan dapat nak ajak classmates aku pergi Kuliah Sirah PEMBINA. Dah la, aku dah taknak ajak dah la.”

“Emm… Maaflah.. Saya memang tak mampu nak join program riadah mingguan kita.

“Saya dah cuba dah. Sudahlah..”

Ini merupakan antara ayat-ayat yang selalu bermain-main di dalam dunia dakwah ini. Tidak terkecuali daripada mulut saya sendiri bedasarkan pengalaman peribadi saya. Kadang-kadang, jika masalah ini tidak diselesaikan dengan sempurna, ia boleh membawa kepada ke’syahid’an individu tersebut daripada terus menyumbang kepada jalan mulia ini.
Ya! Kesannya boleh mencapai sebesar itu. Dan untuk itu, saya paparkan beberapa cerita tentang kisah para Nabi-Nabi terdahulu. Adakah rintangan perjuangan kita sesukar mereka dahulu? Adakah mereka sampai ke tahap ke’putus asa’an?

Nabi Nuh a.s.

” Sungguh, Kami benar-benar telah mengutus Nuh kepada kaumnya, lalu dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya aku takut kamu akan ditimpa azab pada hari yang dahsyat(kiamat).” (Surah Al-A’raf, 7 : 59)

” Pemuka-pemuka kaumnya berkata, “Sesungguhnya kami memandang kamu benar-benar berada dalam kesesatan yang nyata.” (Surah Al-A’raf, 7 : 60)
Nabi Hud a.s.

Dan kepada kaum ‘Ad (Kami utus) Hud, saudara mereka. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Maka mengapa kamu tidak bertakwa?” (Surah Al-A’raf, 7 : 65)

“Pemuka-pemuka orang-orang kafir dari kaumnya berkata, “Sesungguhnya kami memandang kamu benar-benar kurang waras dan kami kira kamu termasuk orang-orang yang berdusta.” (Surah Al-A’raf, 7 : 66)
Nabi Saleh a.s.

Dan kepada kaum Samud (Kami utus) saudara mereka Saleh. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada Tuhan (sembahan) bagimu selain Dia.” . . (Surah Al-A’raf, 7 : 73)

“Orang-orang yang menyombongkan diri berkata, “Sesungguhnya kami mengingkari apa yang kamu percayai.” (Surah Al-A’raf, 7 : 76)
Nabi Lut a.s.

“Dan (Kami juga telah mengutuskan) Lut, ketika dia berkata kepada kaumnya, “Mengapa kamu melakukan perbuatan keji, yang belum pernah dilakukan oleh seorang pun sebelum kamu (di dunia ini). (Surah Al-A’raf, 7 : 80)

Dan jawaban kaumnya tidak lain hanya berkata, “Usirlah mereka (Lut dan pengikutnya) dari negerimu ini, mereka adalah orang yang menganggap dirinya suci.” (Surah Al-A’raf, 7 : 82)
Nabi Syu’aib a.s.

Dan kepada penduduk Madyan, Kami (utus) Syu’aib, saudara mereka sendiri. Dia berkata, “Wahai kaumku! Sembahlah Allah! Tidak ada tuhan (sembahan) bagimu selain Dia. Sesungguhnya telah datang kepadamu bukti yang nyata dari Tuhanmu.”  (Surah Al-A’raf, 7 : 85)

Pemuka-pemuka yang menyombongkan diri dari kaum Syu’aib berkata, “Wahai Syu’aib! Pasti kami usir engkau bersama orang-orang yang beriman dari negeri kami, kecuali engkau kembali kepada agama kami.” .. . . (Surah Al-A’raf, 7 : 88)
Nabi Musa a.s.

Dan Musa berkata, “Wahai Fir’aun! Sungguh, aku adalah seorang utusan dari Tuhan seluruh alam. aku wajib mengatakan yang sebenarnya tentang Allah. Sungguh, aku datang kepadamu dengan membawa bukti yang nyata dari Tuhanmu.” . . . (Surah Al-A’raf, 7 : 104 & 105)

Pemuka-pemuka kaum Fir’aun berkata, “Orang ini benar-benar pesihir yang pandai. yang hendak mengusir kamu dari negerimu.” . .  (Surah A;-A’raf, 7 : 109 & 110)
Nabi Muhammad S.A.W.

Daripada Ibnu Abbas, katanya : Rasulullah  SAW bersabda , “Sesungguhnya aku ini adalah seorang pemberi peringatan tentang azab yang dasyat di hadapan kamu.” Lantas Abu Lahab berkata, “Celaka engkau seluruh hari ini, adakah kerana ini engkau mengumpulkan kami?” (Riwayat Al-Bukhari)

Nah! begitulah tentangan dan ujian yang dihadapi oleh mereka semua berkali-kali ganda lebih berbanding dengan apa yang kita lalui sekarang. Setakat dilabel sebagai ‘Ustaz’,’alah, atau “macamla kau tu baik sangat!” tidaklah setanding dengan apa yang dilalui oleh para Nabi dan Rasul yang terdahulu yang dihina dan dicaci maki oleh kerabat dan keluarga endiri, bahkan diberi pelbagai gelaran seperti tukang sihir dan gila.

Sememangnya tidak dapat dinafikan putus asa ini merupakan perkara biasa yang berlaku kepada manusia biasa seperti kita. Namun, yang penting adalah cara-cara untuk mengatasi dan mengawal perasaan putus asa ini. Antara tindakan dan pandangan yang boleh diambil adalah :
• banyakkan bertanya kepada orang-orang yang lebih berpengalaman
• sentiasa bergaul bersama rakan-rakan yang baik, yang mampu mendorong
anda untuk terus kehadapan
• anggaplah kegagalan itu sebagai satu pengalaman berharga, dan jangan
takut untuk gagal buat kesekian kalinya
• sediakan beberapa pelan sebagai persediaan sekiranya pelan pertama
menemui kegagalan
• setiap kegagalan adalah ujian dari Allah SWT, dan manusia tidak akan
dibebani dengan ujian yang tidak mampu dilaluinya
• doa, usaha dan tawakal
Mungkin masih banyak lagi tindakan yang boleh diambil untuk mengatasi perasaan ini. Ini adalah antara perkara yang terlintas di hati sanubari saya ketika menulis penulisan ini. Dan ingatlah, Allah SWT mengganjari hambaNya bedasarkan usaha yang dilakukan. Biarpun gagal, asalkan berusaha. Jangan sekali-kali berputus asa!

Nor Aizat Rahimi Rostam Rahimi
Computer and Information Engineering, IIUM

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    • Entri Terkini

      • Edaran Kit Ramadhan di Kampus
      • Perkongsian Ramadhan
      • Perkelahan Beliawanis Pupuk Kemesraan
      • Welcoming Picnic
      • KLIKK 2010 Bina Masyarakat Muhibah
    • Entri Popular

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 1,410 views
      • Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan - 1,184 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 863 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 746 views
      • Ekspedisi Gunung Ledang Uji Ketahanan Belia - 713 views
    • Komen Pelawat

      • Name*: Alhamdulillah….
      • srsmh: go pembina go! strive for mardhatillah!
      • Nor Aizat: perjanjian ulu yam..haha…tercabul jgak akhirnya kerana salah faham..
      • bilal_j: Tahniah semua. Terus jalan!
      • bilal_jailani: Nak join bola jugak! Bola mcm ni memudahkan kita kenal kawan2, merapatkan yang jauh, menjadi qudwah...
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    KUALA LUMPUR 14 Julai – Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi …

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Assalamualaikum w.b.t.
    Selama cuti semester kali ini, saya berkesempatan untuk tinggal …

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Bermula hari ini, buat pertama kalinya Keretapi Tanah Melayu Berhad …

  • Mesej

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||