• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   6:06   Syuruk:  7:20   Zohor:  1:24    Asar:  4:34   Maghrib:  7:26   Isya':  8:33    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Fri, Jun 26 2009 | 0 Comments

Taubat

Oleh: admin


Kenapa Menolak Sedangkan Dia Memberi?

Maksud firman Allah S.W.T :
“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Az-Zumar : 53)

Setiap yang bergelar manusia pastinya tidak mungkin melarikan diri dari suatu hakikat, KESILAPAN! Ah, tentu sekali sehari-hari bergelumang dengan kesilapan, besar atau kecil sama saja kelakuannya, si kecil dengan kesilapan kecilnya si besar dengan kesilapan besarnya, begitulah selanjutnya. Beruntai-untai kesalahan dan kesilapan.

Mungkin kita pernah menangis pada zahirnya diikuti tangis hati pula, menyalah-nyalahkan diri atas kelemahan sendiri. Menyendiri, merintih sayu, tiada lagi tempat mengadu. Adakah dengan punya rasa begitu sudah cukup? Merintih-rintih sendiri di balik pintu sambil menyalahkan diri? Membawa perasaan pilu seolah-olah tiada harapan lagi untuk memperbaiki diri? Apakah betul dengan punya rasa begitu kita sudah cukup untuk dikira hambanya yang patuh? Mungkin amat besar kesilapan dan kesalahan yang pernah kita kerjakan, mungkin juga kecil.

Tetapi ingatlah, jangan sesekali berputus asa dari rahmat Allah! DIA masih lagi tidak lekang dalam MEMBERI. Kenapa kita mahu MENOLAKnya? Rahmat dah kasihNya tidak pernah lekang untuk kita, cuma kita saja yang seringkali menolak dan terus menolak. Alangkah rugi menolak anugerah. Sebesar mana pun kesilapan dan kesalahan, ingatlah DIA masih lagi tidak lokek dalam MEMBERI.

Maksud sabda Rasulullah SAW :
“Sesungguhnya Allah SWT malu membiarkan hambaNya kembali dengan tangan hampa, ketika seorang hamba berdoa kepada tuhannya.” HR Abu Daud, Tirmizi dan Ibnu Majah

Alangkah bersifat MEMBERI-nya sang Pencipta Yang Maha Kuasa. Adakah kita tidak sudi mendapatkan pemberian dariNya? Mahu apa? Keampunan, kesejahteraan? Hadapkanlah sepenuh pengharapan dan keyakinan kepadaNya!

Maksud firman Allah SWT :
“Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.”
(Ghafir : 60)

Teruskan meminta, sesungguhnya Allah merindui rintihan hamba-hambaNya bahkan murka kepada si hamba yang tidak mahu meminta. Sedarlah hakikat diri sebagai hamba dan sedarlah hakikat Yang Maha Kuasa itu punya sifat MEMBERI yang tiada tolok bandingnya. Usah lagi meratap kesalahan dan kesilapan sampai membawa mudarat diri, bangkitlah menuju fasa baru kehidupan yang lebih bermakna. Usah MENOLAK lagi! Sujud dan pohonlah kepadaNya.
Pasti DIA MEMBERI!

(Diambil dan diedit daripada http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=1750)

.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    Hebahan
    • Most Rated

      • Selamat Datang Ramadhan! - 1 votes
      • Salam ukhuwwah! :) - 0 votes
      • Asahlah Kapakmu.. - 0 votes
      • Kembara Baitul Muslim - 0 votes
      • Kembara ke Selatan…. - 0 votes
    • Most Viewed

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 774 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 494 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 464 views
      • Kejohanan Bowling Belia PEMBINAKL - 456 views
      • Ada apa dengan Cita-cita? - 346 views
    • Most Commented

      • Event Management (3)
      • Kembara ke Kuala Terengganu (3)
      • Ada apa dengan Cita-cita? (2)
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ (2)
      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah (1)
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Industri perfileman Malaysia masih tandus dan gagal menghasilkan karya-karya …

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. …

    PEMBINA di Berita Harian

    PEMBINA di Berita Harian

    PENGUNJUNG mendaftar nama bagi mendapatkan rawatan di kaunter yang disediakan …

  • Mesej

  • Tag

    Aktiviti (20)
    Dunia Islam (3)
    Kampus (5)
    Makluman (14)
    Masyarakat (9)
    Renungan (7)
    Uncategorized (10)

    WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||