• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   6:04   Syuruk:  7:18   Zohor:  1:22    Asar:  4:30   Maghrib:  7:25   Isya':  8:32    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Tue, May 26 2009 | 0 Comments

Gotong Royong Bersama Masyarakat

Oleh: admin
Batu Caves, 23 Mei – Berbekalkan semangat tolong menolong dalam perkara kebaikan dan perkara yang meningkatkan taqwa (al-ta’awun ‘ala al-birr wa al-taqwa), seramai 12 orang ahli dan sukarelawan PEMBINA KL telah menyertai misi gotong royong membantu ahli kariah Taman Sunway Batu Caves untuk membersihkan Surau Al-Hidayah di taman tersebut. Program gotong royong itu diadakan berikutan penganjuran Forum Bicara Addin oleh Lembaga Zakat Selangor yang akan diadakan pada malamnya. Program yang bermula seawal jam 9 pagi itu turut disertai oleh kira-kira 20 orang penduduk taman berkenaan.

Sebelum meneruskan misi, pihak surau telah menyediakan sedikit sarapan berupa nasi lemak, mee goreng dan bihun goreng untuk para sukarelawan supaya mereka mempunyai tenaga untuk melakukan kerja. Seusai menjamah sarapan, ahli dan sukarelawan PEMBINA terus menjalankan kerja-kerja seperti membersihkan perkarangan surau, mengemas bahagian dalam surau, mencuci kipas, cermin dan lantai serta mencuci tandas. Sebahagian ahli turut juga membantu membersihkan daging ayam untuk jamuan makan malam sebelum forum pada malam itu. Di samping membantu ahli kariah surau, ahli dan sukarelawan PEMBINA telah mengambil kesempatan itu untuk beramah mesra dengan penduduk taman dan menjalinkan silaturrahim.

Benarlah kata pepatah ‘bulat air kerana pembentung bulat manusia kerana muafakat’, hasilnya kerja yang berat terasa ringan apabila dilakukan bersama-sama disamping berkat kerja berkumpulan yang diraih. Program gotong royong pada pagi itu berakhir kira-kira jam 12 tengahari dan semua penduduk taman, ahli dan sukarelawan PEMBINA bersama-sama menikmati sedikit lagi jamuan ringan sebelum pulang. Semua ahli dan sukarelawan berasa senang dengan sedikit usaha yang telah mereka lakukan dan berharap program seperti itu dapat diteruskan pada masa-masa akan datang. Hanya ganjaran dari Allah yang didambakan sebagai balasan dari sumbangan mereka yang tidak seberapa itu.

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    Hebahan
    • Most Rated

      • Selamat Datang Ramadhan! - 1 votes
      • Salam ukhuwwah! :) - 0 votes
      • Asahlah Kapakmu.. - 0 votes
      • Kembara Baitul Muslim - 0 votes
      • Kembara ke Selatan…. - 0 votes
    • Most Viewed

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 796 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 504 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 476 views
      • Kejohanan Bowling Belia PEMBINAKL - 468 views
      • Ada apa dengan Cita-cita? - 356 views
    • Most Commented

      • Event Management (3)
      • Kembara ke Kuala Terengganu (3)
      • Ada apa dengan Cita-cita? (2)
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ (2)
      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah (1)
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Industri perfileman Malaysia masih tandus dan gagal menghasilkan karya-karya …

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. …

    PEMBINA di Berita Harian

    PEMBINA di Berita Harian

    PENGUNJUNG mendaftar nama bagi mendapatkan rawatan di kaunter yang disediakan …

  • Mesej

  • Tag

    Aktiviti (20)
    Dunia Islam (3)
    Kampus (5)
    Makluman (14)
    Masyarakat (9)
    Renungan (7)
    Uncategorized (10)

    WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||