• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   5:51   Syuruk:  7:06   Zohor:  1:11    Asar:  4:15   Maghrib:  7:16   Isya':  8:23    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Wed, Mar 24 2010 | 0 Comments

Ceramah Kesihatan Beliawanis

Oleh: admin

Tema ‘Its All About Our Health’ telah digunakan untuk program ceramah yang telah berlangsung pada 17 Februari 2010 di Experimental Hall, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Program ini adalah program anjuran PEMBINA Kuala Lumpur dengan kerjasama Safiyyah, Mahallah Representative Council (MRC). Program ini merupakan program kesihatan yang dianjurkan setiap tahun oleh pihak PEMBINA UIA.

Panel jemputan di program itu adalah seorang doktor yang berkaliber iaitu Dr. Sharifah yang kini berkhidmat di Hospital Ampang, Kuala Lumpur. Pada malam itu, beliau telah memberikan sesi penerangan berkaitan kanser payudara kepada beliawanis yang hadir pada malam tersebut. Maklumat yang diperoleh daripada sesi tersebut telah memberikan satu impak positif yang sangat berguna kepada para hadirin. Antara skop perbincangan pada malam tersebut ialah jenis-jenis kanser payudara, cara mengenal pasti kanser payudara , serta kaedah-kaedah untuk mecegah daripada penyakit tersebut.

Program ini telah berjaya mengumpulkan ramai peserta yang terdiri daripada pelajar-pelajar UIAM sendiri. Bagi memeriahkan lagi suasana program, fellow mahallah Safiyyah turut berbesar hati untuk hadir bersama pada malam tersebut.

Selain bertujuan menyebarkan ilmu kesihatan yang bermanfaat dan berdakwah di jalan Allah, PEMBINA juga berobjektif untuk merapatkan silaturrahim sesama ahli dan sukarelawan PEMBINA serta melatih mereka untuk menjadi seorang muslimah yang bermanfaat dan mampu melakukan aktiviti berdakwah ini dengan berbagai-bagai cara yang ada.

Fatin Nadhirah bt. Mohamad Salleh,
AJK PEMBINA UIAM

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    • Entri Terkini

      • Edaran Kit Ramadhan di Kampus
      • Perkongsian Ramadhan
      • Perkelahan Beliawanis Pupuk Kemesraan
      • Welcoming Picnic
      • KLIKK 2010 Bina Masyarakat Muhibah
    • Entri Popular

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 1,410 views
      • Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan - 1,184 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 861 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 744 views
      • Ekspedisi Gunung Ledang Uji Ketahanan Belia - 713 views
    • Komen Pelawat

      • Name*: Alhamdulillah….
      • srsmh: go pembina go! strive for mardhatillah!
      • Nor Aizat: perjanjian ulu yam..haha…tercabul jgak akhirnya kerana salah faham..
      • bilal_j: Tahniah semua. Terus jalan!
      • bilal_jailani: Nak join bola jugak! Bola mcm ni memudahkan kita kenal kawan2, merapatkan yang jauh, menjadi qudwah...
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    KUALA LUMPUR 14 Julai – Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi …

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Assalamualaikum w.b.t.
    Selama cuti semester kali ini, saya berkesempatan untuk tinggal …

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Bermula hari ini, buat pertama kalinya Keretapi Tanah Melayu Berhad …

  • Mesej

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||