• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   5:51   Syuruk:  7:05   Zohor:  1:11    Asar:  4:14   Maghrib:  7:15   Isya':  8:22    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Mon, Feb 22 2010 | 0 Comments

Islamisasi Malaysia

Oleh: admin

Lama benar saya tidak menulis. Semenjak masuk ke UIAM Gombak, menulis merupakan suatu kerja yang amat-amat berat sekali untuk saya lakukan. Entah mengapa. Tidak mengapa, bukan menulis yang ingin saya katakan, tetapi saya berniat ingin berkongsi pandangan saya dengan anda sekalian.

Islamisasi Malaysia, bunyinya amat gah. Makna tepatnya?? Maaf, saya pun tak tahu. Sekadar terlintas di minda menulis tajuk se’gah’ di atas.

Secara jujurnya, saya melihat negara kita, Malaysia, sedang mengalami proses islamisasi. Apakah proses islamisasi tersebut? Ianya boleh ditafsirkan sebagai perlahan-lahan melangkah menuju ke suatu arah dan suasana yang lebih islamik berbanding sebelum ini.

Pertama, ketika 14Februari yang lalu, ketika saya sedang bercuti di Taiping, sempat saya menonton berita. Satu tajuk yang amat menarik perhatian saya adalah ketika mana pembaca berita memyampaikan berita yang bertajuk “Umat Islam diseru tidak menyambut “Valetine’s Day”. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini hanya ustaz, ustazah, dai’e, dai’eah, dan yang seangkatan dengannya sahaja yang bertungkus-lumus menyebarkan fahaman ini, sekarang di kaca television sendiri terpaparnya perkara ini.

Kedua, kita dapat melihat bagaimana banyak pihak yang sebelum ini terlena dan tidak berapa mengendahkan tentang hal ehwal umat Islam di Malaysia, bangkit berjuang menentang penggunaan kalimah Allah oleh penganut Kristian. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini mereka malu-malu alah hendak menyebut tentang Islam, sekarang mereka yang sedaya-upaya berusaha untuk membantah ketika sensitiviti umat Islam digugat.

Ketiga, wujudnya banyak blog, website, forum dan pelbagai lagi yang berunsur islamik. Tidak ketinggalan lahirnya akhbar iLuvIslam(bukan promote) dalam pasaran akhbar tanah air, merancakkan lagi kemeriahan taburan perkara yang berunsur islamik di Malaysia. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini hanya mendengar ceramah-ceramah agama di masjid dan surau untuk menambahkan info tentang Islam, sekarang di mana-mana kita boleh mendapatkan info tersebut.

Keempat, berkembangnya pemikiran Islamik di kalangan pelajar-pelajar IPT di Malaysia, dan juga yang sedang belaajr di luar negara. Walaupun dalam skala yang kecil, namun kerancakan program-program berunsur Islam di kampus-kampus pengajian dalam dan luar negara jelas membuktikan perkembangan ini berlaku. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini hanya pertandingan “battle of the band“, majlis tari-menari yang mempolopori program-program di kampus kita, sekarang program-program berunsur Islamik juga rancak memeriahkan kehidupan kampus.

Kelima, popularnya perkataan usrah arau halaqah di kalangan muda-mudi tanah air. Mungkin tidak sepopular futsal ataupun konsert, namun kadar kepopularannya makin meningkat dari hari ke hari. Bukankah ini suatu yang positif?? Jika selama ini hendak mendengar perkataan usrah pun terasa amat janggal, apatah lagi mengikutinya, sekarang sudah ada sekolah-sekolah dan universiti-universiti yang mewajibkan pelajar Islamnya mengikuti program usrah umum atau nama lainnya, smart group.

Banyak lagi sebenarnya jika kita teliti dengan sedalam-dalamya. Mungkin, ramai yang tidak bersetuju dengan pandangan saya ini, namun, marilah kita melihat ini dari satu sudut yang lebih positif. Bukanlah saya bermaksud bahawa kita sudah berpuas hati dengan keadaan sekarang. Namun ini merupakan satu pemangkin semangat kepada kita semua, bahawa usaha untuk membawa Islam yang syumul itu perlu kita teruskan. Suasana sekarang jauh lebih baik daripada suasana era 60an dan 70an. Ini jelas membuktikan yang kita mampu mengubah nasib kaum kita, yang penting kita berusaha untuk mengubahnya.

InsyaAllah, dengan usaha yang bersungguh-sungguh, dan keikhlasan hanya kerana Allah SWT, kita akan dapat pergi jauh lebih baik lagi daripada suasana sekarang.

Teruskan Perjuangan!! Man jadda, wajada!!


sumber: jalananterus.blogspot.com

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    • Entri Terkini

      • Edaran Kit Ramadhan di Kampus
      • Perkongsian Ramadhan
      • Perkelahan Beliawanis Pupuk Kemesraan
      • Welcoming Picnic
      • KLIKK 2010 Bina Masyarakat Muhibah
    • Entri Popular

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 1,410 views
      • Seminar Pengurusan Kewangan dan Keusahawanan - 1,184 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 863 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 746 views
      • Ekspedisi Gunung Ledang Uji Ketahanan Belia - 715 views
    • Komen Pelawat

      • Name*: Alhamdulillah….
      • srsmh: go pembina go! strive for mardhatillah!
      • Nor Aizat: perjanjian ulu yam..haha…tercabul jgak akhirnya kerana salah faham..
      • bilal_j: Tahniah semua. Terus jalan!
      • bilal_jailani: Nak join bola jugak! Bola mcm ni memudahkan kita kenal kawan2, merapatkan yang jauh, menjadi qudwah...
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    Melayu Penduduk Asal Malaysia – Pakar UKM

    KUALA LUMPUR 14 Julai – Kajian arkeologi oleh pakar-pakar arkeologi …

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Masjid – Ke mana Hilangnya Belia?

    Assalamualaikum w.b.t.
    Selama cuti semester kali ini, saya berkesempatan untuk tinggal …

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Koc Khusus untuk Wanita – KTMB

    Bermula hari ini, buat pertama kalinya Keretapi Tanah Melayu Berhad …

  • Mesej

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||