• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   6:06   Syuruk:  7:20   Zohor:  1:24    Asar:  4:35   Maghrib:  7:26   Isya':  8:33    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Sun, Oct 4 2009 | 0 Comments

Sekitar Ramadhan Talk & iftar Jama’ie

Oleh: admin
11  September 2009, Gombak – Bersempena dengan kedatangan bulan Ramadhan, Persatuan Belia Islam Nasional UIAM telah menganjurkan program “Talk Ramadhan: Mengimbau Kegemilangan Ummah” dan Ifthar Jamaie yang berlangsung di Lecture Theatre 1, Kulliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan UIAM, Gombak. Program ini merupakan siri pertama daripada kesinambungan Ceramah Berkala atau ‘Serial Talk’ yang dianjurkan oleh Biro Media, Persatuan Belia Islam Nasional UIAM. Motif utama program ini adalah untuk memupuk penghayatan sejarah kegemilangan Ummah yang pernah dikecapi oleh Ummat Islam satu masa dahulu serta pengaplikasian faktor-faktor kejayaan mereka pada hari ini. Selain itu, program ini juga dianjurkan untuk memupuk ukhuwah dikalangan ahli PEMBINA dan komuniti masyarakat terutamanya di sekitar Gombak sendiri.
Program bermula seawal 6.20 petang dengan kata-kata aluan oleh pengacara majlis serta dimulakan dengan alunan bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Setelah itu, Saudara Syamil Esa selaku penceramah jemputan khas yang merupakan seorang bekas siswazah Universiti Al-Azhar telah menyampaikan ceramah berkisarkan perang-perang yang  berlaku di bulan Ramadhan serta penghayatan tentang kekuatan mereka pada masa itu. Ceramah selesai tepat pukul 7.05 malam dan disusuli dengan penyampaian cenderamata kepada penceramah jemputan oleh Presiden PEMBINA KL, Saudara Umar Hakim.
Selesai sahaja sesi ceramah, para tetamu jemputan dan peserta-peserta yang hadir telah diiringi ke bilik jamuan yang disediakan secara berasingan bagi lelaki dan perempuan untuk berbuka puasa pada pukul 7.15 malam. Program diteruskan dengan sesi solat Maghrib berjemaah di musola Kuliyyah Ekonomi dan Sains Pengurusan yang telah disediakan buat para pengunjung di situ sebelum  para peserta bersurai pada pukul 8 malam.
Secara keseluruhan, program telah berlangsung dengan baik dan mendapat sambutan yang memberangsangkan berdasarkan rekod kehadiran peserta seramai hampir 100 orang terutamanya dikalangan para peserta lelaki. Kesimpulannya, program ini mencapai sebahagian besar objektifnya dan mendapat maklum balas yang baik daripada para peserta program. Pihak penganjur berharap agar program ini memberikan kebaikan dan manfaat walaupun bukan sebesar mana tapi cukup bermakna buat semua yang menghadirinya.
Suasana ketika talk berjalan

Antara muslimah yang hadir

Akhi Ahmad Syamil Mohd Esa, penceramah program

Menanti berbuka sambil mendengar talk

Sibuk menjamah makanan yang dihidangkan

The best candid picture

Sekian..

Nurmunirah Ramli

Biro Media PEMBINA UIAM

Gambar oleh: Saudara Hafiz Anuar

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    Hebahan
    • Most Rated

      • Selamat Datang Ramadhan! - 1 votes
      • Salam ukhuwwah! :) - 0 votes
      • Asahlah Kapakmu.. - 0 votes
      • Kembara Baitul Muslim - 0 votes
      • Kembara ke Selatan…. - 0 votes
    • Most Viewed

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 770 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 494 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 458 views
      • Kejohanan Bowling Belia PEMBINAKL - 456 views
      • Ada apa dengan Cita-cita? - 346 views
    • Most Commented

      • Event Management (3)
      • Kembara ke Kuala Terengganu (3)
      • Ada apa dengan Cita-cita? (2)
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ (2)
      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah (1)
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Industri perfileman Malaysia masih tandus dan gagal menghasilkan karya-karya …

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. …

    PEMBINA di Berita Harian

    PEMBINA di Berita Harian

    PENGUNJUNG mendaftar nama bagi mendapatkan rawatan di kaunter yang disediakan …

  • Mesej

  • Tag

    Aktiviti (20)
    Dunia Islam (3)
    Kampus (5)
    Makluman (14)
    Masyarakat (9)
    Renungan (7)
    Uncategorized (10)

    WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||