
Seramai 16 orang ikhwah Gombak telah menunaikan jemputan walimatul urus dua orang yang ikhwah iaitu akh Firdaus di Taman Rashidah Utama dan akh Idris di Taman Tasik Jaya, kedua-duanya di Senawang. Rombongan telah bertolak pada jam 10.30 pagi dari UIAM, Gombak dengan menaiki dua buah Avanza dan sebuah Nissan Latio tiba ke destinasi pertama pada waktu Zohor. Rombongan meneruskan ke destinasi kedua setelah bermesra danbergambar dengan pengantin lelaki.. Pada jam 4.00 petang ikhwah Gombak telah bergabung dengan ikhwah Kolej Mara Seremban untuk bertaaruf dan mendengar tazkirah daripada setiausaha ikhwah dari Seremban, akh Omar Kassim. Tazkirah selama 20 minit ini menyentuh isu tentang keperibadian individu muslim dan kepentingan membina Baitul Muslim dalam kesinambungan perjuangan dakwah. Program telah dilengkapkan dengan kunjungan ke rumah akh Farid Hussin di Taman Kemuning, Senawang. Ikhwah selamat tiba di Gombak pada jam 7.15 malam
[klik pada gambar untuk melihat gambar penuh]



























