• Waktu Solat Hari Ini: Subuh:   6:06   Syuruk:  7:20   Zohor:  1:24    Asar:  4:35   Maghrib:  7:26   Isya':  8:33    
  • RSS
  • Bookmark
  • Utama
  • Ta’aruf
    • Pengenalan PEMBINA
  • Aktiviti
  • Renungan
  • Makluman
  • Masyarakat
  • Kampus
  • Dunia Islam
  • Pautan
    • PEMBINA Kawasan
      • PEMBINA Kelantan
      • PEMBINA Terengganu
      • PEMBINA Pahang
      • PEMBINA N9
      • PEMBINA Selangor
      • PEMBINA Perak
      • PEMBINA Kedah
      • PEMBINA Perlis
      • PEMBINA DHL
  • Hubungi Kami
  • Kirim Artikel Kirim Artikel
  • Cetak Artikel Cetak Artikel
Sat, May 17 2008 | 0 Comments

Asahlah Kapakmu..

Oleh: admin

Assalamualaikum, semoga rakan2 belia berada dalam keadaan terbaik melaksanakan perintah Allah & meninggalkan larangan-Nya. Umum mengetahui kebejatan sosial yang meruncing di kalangan belia dewasa ini. Ditambah dengan momokan hiburan yang melampau oleh media massa membuatkan suasana makin gamat & muda-mudi hilang arah tuju. Lantas bagaimana seharusnya belia berperanan di tengah kancah masyarakat yang menanti saat kemunculan belia harapan ? Ingin saya kongsikan sebuah cerita bersama anda. Pada satu ketika seorang pemuda telah memohon pekerjaan di tapak penebangan balak. Hamdi namanya. Setelah dinilai, maka Hamdi berjaya mendapat pekerjaan di situ lantaran kegagahan yang dimilikinya. Pada waktu itu tiada alatan moden digunakan. Kerja-kerja dilakukan dengan menggunakan kapak & tali. Pokok-pokok yang telah ditebang dipotong lebih kecil agar mudah dialihkan. Itulah senario di tempat tersebut. Keesokan harinya, Hamdi datang dengan membawa sebilah kapak. Pada hari itu dia berjaya menebang 20 batang balak. Hanya Tuhan yang tahu betapa kekuatan yang dimilikinya.
Pada hari yang kedua, dia berjaya menebang 18 batang pokok balak. Hari yang ketiga 15 batang dapat ditebang. Semakin hari semakin sedikit jumlah pokok yang dapat ditebangnya. Hinggalah pada suatu hari dia hanya dapat menebang 2 batang balak. Sayugia, dengan rasa dukacita dia berehat di sebatang pokok. Otaknya ligat berfikir mencari punca sambil hatinya dihimpit rasa gundah. Gelagat Hamdi dilihat tauke dikejauhan. Lalu tauke menghampirinya sambil bertanyakan masalah yang dihadapi.
“ Entahla tuan, semakin kuat saya bekerja tapi semakin sedikit hasil yang saya dapat. Itu yang saya runsingkan, ” kata Hamdi. Tauke tersenyum melihat keadaan Hamdi. Dia pun bertanya “ Pernahkah kamu memperuntukkan masa untuk mengasah kapakmu ?. ” Hamdi terkebil-kebil melihat taukenya. Pertanyaan itu tidak dapat dijawab. Lidahnya bagaikan terkelu seketika. Dijawab dengan nada suara kesal bercampur terkesima, “ Ttt….tak pernah tuan.”
Rakan-rakan sekalian, jika diteliti cerita di atas ia memberi signifikan kepada kita. Andaikan kehidupan kita seperti masa bekerja menebang balak. Lalu mengasah kapak adalah masa muda belia. Walaupun ianya hanya sebentar tetapi sekiranya ia digunakan dengan bijaksana, maka ia akan menghasilkan natijah yang luar biasa. Pada hari yang pertama pun sudah 20 batang balak yang berjaya ditebang, berapa pula yang bisa ditumbangkan pada hari yang kedua kalau hamdi mengambil sedikit masa mengasah kapaknya ?.
Ingatlah sahabatku, masa muda begitu pantas berlalu. Bagaimana kita melalui liku-liku perjalanan di waktu itu akan memberi kesan di kemudian hari. Ambillah sedikit masa untuk anda mengasah kapak anda..
Wallahu’alam…..

1 Star2 Stars3 Stars4 Stars5 Stars (No Ratings Yet)
Loading ... Loading ...
Digg it! Add to del.icio.us Add to Reddit Bookmark to Simpy Add to Yahoo MyWeb2 Add to BlinkBits Blink this Post Add to Blogmarks Bookmark to Co.mments! Add to Connotea Add to Fark Add to Feed Me Links Add to Furl Add to Ma.gnolia Add to Newsvine Add to Netvouz Add to Scuttle Add to Shadows Add to Spurl Add to StumbleUpon Add to Technorati Add to Wists

About admin

Persatuan Belia Islam Nasional (Kuala Lumpur)
View all articles by admin
Email |Website

Leave a comment

Cancel reply

Add your comment below, or trackback from your own site. You can also subscribe to these comments via RSS.

Your email is never shared. Required fields are marked *

  • Makluman

    Hebahan
    • Most Rated

      • Selamat Datang Ramadhan! - 1 votes
      • Salam ukhuwwah! :) - 0 votes
      • Asahlah Kapakmu.. - 0 votes
      • Kembara Baitul Muslim - 0 votes
      • Kembara ke Selatan…. - 0 votes
    • Most Viewed

      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah - 770 views
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ - 494 views
      • Kembara ke Kuala Terengganu - 458 views
      • Kejohanan Bowling Belia PEMBINAKL - 456 views
      • Ada apa dengan Cita-cita? - 346 views
    • Most Commented

      • Event Management (3)
      • Kembara ke Kuala Terengganu (3)
      • Ada apa dengan Cita-cita? (2)
      • PEMBINA Corner d’ STABAZ (2)
      • Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyah (1)
  • Sertai Kami

  • Arkib

    Lihat Koleksi Artikel

    Layari arkib untuk melihat artikel-artikel PEMBINAKL.com yang lepas

  • Pilihan

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Malaysia Kurang Filem Berunsur Islam

    Industri perfileman Malaysia masih tandus dan gagal menghasilkan karya-karya …

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    83 Anak Luar Nikah Setiap Hari di Malaysia

    Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. …

    PEMBINA di Berita Harian

    PEMBINA di Berita Harian

    PENGUNJUNG mendaftar nama bagi mendapatkan rawatan di kaunter yang disediakan …

  • Mesej

  • Tag

    Aktiviti (20)
    Dunia Islam (3)
    Kampus (5)
    Makluman (14)
    Masyarakat (9)
    Renungan (7)
    Uncategorized (10)

    WP Cumulus Flash tag cloud by Roy Tanck requires Flash Player 9 or better.

    © 2010 PembinaKL – Persatuan Belia Islam Nasional Kuala Lumpur. All rights reserved.
    Original Design by Premium WordPress. Modified by Media@PEMBINAKL. Prayer time XML provided by IslamicFinder || Register | Log in ||