24 Jan

AGM PEMBINA KL Kali Ke – 1

Oleh admin

PETALING JAYA, 21 Jan 2012 – Buat julung kalinya, Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) PEMBINA Kuala Lumpur yang kini memasuki tahun kedua penubuhan telah berlangsung di Fakulti Ekonomi, Universiti Malaya dengan jayanya. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh akh Mohd Badrulzaman bin Suhaili dihadiri oleh ahli yang rata-ratanya terdiri daripada mahasiswa dan mahasiswi IPTA/IPTS sekitar Kuala Lumpur.

Mesyuarat dimulakan dengan kata-kata aluan daripada Pengerusi PEMBINA KL 2011, Cikgu Zaim yang diberi mandat untuk terus memacu PEMBINA KL bagi tahun 2012 ini. Dalam ucapannya beliau menyeru para belia supaya tidak menunggu masa lapang untuk berjuang sebaliknya merebut masa yang ada untuk bersama-sama menyumbang dalam agenda membina kembali jati diri umat Islam yang majoritinya berbangsa Melayu.

Akh Ibrahim Hasan, Naib Presiden 1 PEMBINA Pusat telah dijemput untuk merasmikan AGM pertama PEMBINA KL ini. Ucaptama beliau menekankan kepentingan pertubuhan Islam seperti PEMBINA dalam memacu aktivisme belia dan melahirkan pimpinan pelapis yang bertarbiyah. Beliau turut memaklumkan agar PEMBINA kini boleh dengan lebih terbuka menjelaskan kepada umum akan hubungan ISMA dengan PEMBINA yang berperanan sebagai sayap belia ISMA.

Mesyuarat disambung dengan pembentangan laporan aktiviti bagi tahun 2011 oleh Pengerusi, diikuti dengan laporan kewangan oleh Naib Pengerusi 2 ukht Nur Aqilah Zainordin, pelantikan AJK PEMBINA bagi sesi 2012 dan diakhiri dengan pembahasan usul.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 10.42 pagi. Turut hadir ialah akh Nu’man Abdul Halim, selaku wakil Pengkaderan Pusat.


Sampaikan mesej




Will not be published



Hebahan

PKL @ Facebook

Jejak bermesej

Telefon

Mohamad Nurza’im Ab. Sota
+60 19 460 2857
Nur Aqilah Zainordin
+60 19 336 7649

Hubungi kami




Semua bahagian diperlukan.


Menghantar....

Tutup borang