08 Dec

HIMPUN

Oleh admin

Bismillahirrahmanirrahim.

Shah Alam, 22 Okt –Himpunan Sejuta Ummat (HIMPUN) baru-baru ini telah mengumpulkan lebih 20, 000 orang peserta dari seluruh Malaysia di stadium Shah Alam bagi satu misi yang amat besar untuk agama.  Himpunan yang turut disertai oleh sebilangan besar golongan belia ini, bertujuan untuk menyuarakan kebimbangan umat Islam terhadap gejala murtad yang kian menular dalam kalangan umat Islam di negara ini. …

Slogan “Selamatkan Aqidah” dilihat mampu menarik minat para peserta untuk bersama-sama berhimpun selama hampir 5 jam, dari pukul 2.00 petang sehingga 6.00 petang, dengan mengenepikan perbezaan latar belakang. Bagi mereka, apa yang lebih penting adalah lencana dan panji Islam itu sendiri.

10 deklarasi yang telah dibentangkan oleh tetamu jemputan diharapkan mampu membuka mata masyarakat dan sekurang-kurangnya menjentik kesedaran umat Islam, khususnya para pemimpin berkenaan isu gugatan dan goncangan aqidah ummat ini. Belia khususnya diharapkan dapat bangkit dari lena dan kembali berpegang teguh kepada agama agar tidak mudah diperdayakan oleh golongan-golongan yang sedang giat memesongkan aqidah ummat Islam di Malaysia kini.

Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) yang turut terlibat dalam Himpunan ini menjadi pelonjak momentum kepada barisan belia untuk turut ikut serta dengan isu-isu berkaitan aqidah umat Islam. Selain itu, hal ini menunjukkan kepentingan golongan belia yang menjadi tunggak kepada pemerintahan negara pada masa akan datang.

HIMPUN kali yang pertama ini turut mendapat sokongan yang positif dari pelbagai pihak. Namun, tidak dinafikan ada suara-suara yang sumbang yang memberikan  tanggapan yang berbeza. Walau bagaimanapun, hal ini bukanlah satu titik noktah buat pihak penganjur dan seluruh umat Islam amnya untuk terus menyuarakan bantahan terhadap gerakan memesongkan aqidah umat ini.

Antara komen yang sempat kami petik adalah seperti yang berikut:


Shahidah Jalil :

“Bagi ana, HIMPUN adalah salah satu indikator yg baik. Ini adalah salah satu amaran kepada agen permurtadan bahawa Malaysia ada satu barisan yang akan menghalang perkara itu. supaya pihak yang memurtadkan org sedar bahawa mereka tak blh buat sesuka hati.”

Sekalung perhargaan dari kami buat semua yang telah bertungkus-lumus dalam menjayakan salah satu sarana da’wah ini. Ketahuilah Islam hanya akan tertegak dengan jiwa-jiwa yang bertekad baja. Allahua’lam.

disediakan oleh:MEDIA PEMBINAKL


Sampaikan mesej




Will not be published



Hebahan

PKL @ Facebook

Jejak bermesej



Telefon

Mohamad Nurza’im Ab. Sota
+60 19 460 2857
Nur Aqilah Zainordin
+60 19 336 7649

Hubungi kami




Semua bahagian diperlukan.


Menghantar....

Tutup borang