16 Jul

Rehlah Berbasikal di Bukit Cerakah

Oleh admin

Waktu cuti para mahasiswa memang tidak disia-siakan. Pada 3 Julai yang lepas, PEMBINA KL telah mengadakan rehlah berbasikal di Bukit Cerakah, Shah Alam. Seramai 15 orang peserta yang terlibat dan kebanyakan dari kami adalah ahli-ahli PEMBINA yang sedang bercuti dan tinggal di sekitar Kuala Lumpur. Tidak lupa juga, turut serta ialah seorang wakil dari Pusat Asasi Sains Universiti Malaya (PASUM) dan seorang wakil dari ISMA.

Sebelum bertolak, para peserta berkumpul di Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya. Bukit Cerakah memang menjadi pilihan rakyat Malaysia pada hujung minggu. Walaupun kami tiba seawal 9 pagi, ramai pengunjung yang beratur untuk mengambil basikal. Ada juga yang beratur dari 7:30 pagi. Oleh itu, kami mengambil keputusan untuk berjalan kaki sahaja. Kawasan Bukit Cerakah yang sangat luas, hijau dan mempunyai pelbagai tempat menarik membuatkan kami bersyukur dan puas. Disana juga disedakan perkhidmatan bas percuma yang sentiasa mengelilingi kawasan tersebut.

Sambil menikmati keindahan ciptaan ilahi, kami berhenti beberapa kali untuk mengadakan aktiviti seperti ‘permainan-taaruf dan tazkirah. Sayang sekali kami tidak kecukupan masa untuk melawati semua persinggahan di Bukit Cerakah. Sebelum ini, ahli PEMBINA dari Universiti Malaya pernah berbasikal sehingga ke menara utama di puncak bukit.

InsyaAllah, jika ada peluang PEMBINA KL pasti akan menjadikan rehlah di Bukit Cerakah sebagai aktiviti tahunan.


Sampaikan mesej




Will not be published



Hebahan

PKL @ Facebook

Jejak bermesej



Telefon

Mohamad Nurza’im Ab. Sota
+60 19 460 2857
Nur Aqilah Zainordin
+60 19 336 7649

Hubungi kami




Semua bahagian diperlukan.


Menghantar....

Tutup borang